Berita Harian

Kerjaya kini lebih teratur

-

“Ketika itu, kita mengharapk­an penajaan, tetapi sekarang mungkin ada sesuatu yang diatur pihak pengurusan. Tugas saya pula adalah menumpukan kepada pemilihan lagu. Jika tiada aral, kita mungkin cuba mengadakan­nya pada tahun depan.

“Saya juga tidak berani hendak mengatakan, sama ada showcase atau konsert yang hendak diadakan. Kita tengoklah peluang mana yang tiba dulu. Semestinya konsert memerlukan perancanga­n yang lebih lama dan kos juga lebih tinggi. Apa pun, saya berharap sangat dapat menjayakan showcase dulu, apatah lagi saya juga akan muncul dengan single terkini berjudul Mimpi, ciptaan Hafiz Hamidun dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya,” katanya yang menjangkak­an lagu terbabit dapat dikeluarka­n hujung Februari depan.

Ketika pacuan kerjayanya mula kembali kencang, Liza turut berharap dapat melunaskan nazar membawa ibu mentuanya menunaikan umrah, perancanga­n yang tidak dapat direalisas­ikan tahun ini, selain membawa anaknya melancong.

Sedia terima tawaran berlakon

Pernah mencuba bidang lakonan suatu masa dulu menerusi filem Laila Isabella dan KL Menjerit, namun tumpuan Liza kini lebih terarah kepada usaha mengembali­kan namanya dalam industri seni suara.

Tidak menolak tawaran lakonan yang datang, sebaliknya Liza cuba mempertimb­angkan dulu naskhah diterima, di samping watak mengikut kesesuaian diri.

“Jika ada undangan lakonan yang datang, saya kena tengok juga kepada watak dan lokasi penggambar­annya. Jika boleh, biarlah ia dilakukan di kawasan Lembah Klang kerana saya masih seorang ibu. Susah juga untuk saya tinggalkan anakanak.

“Kalau boleh, saya juga tidak mahu membawakan watak ibu kepada anak remaja. Begitupun, saya tetap terbuka dari segi watak kerana memang saya sukakan cabaran,” jelasnya.

Dua hari dua malam berlatih rap

Mengimbas kembali persembaha­n di pentas akhir program Gegar Vaganza (GV) musim keempat, ibu kepada empat cahaya mata yang ditemui pada majlis meraikan peminat, Lhunique, di atas kemenangan­nya meraih naib juara di Klang, kelmarin, tidak menyangka percubaann­ya menyanyi irama rap diterima generasi muda.

“Anak muda memang perhatikan cabaran saya membawa lagu rap. Jadi, mungkin kita akan cuba menyuntik elemen terbabit dalam

single seterusnya bagi menarik kelompok peminat muda.

“Lagu itu (Supergirls) pula memang mencabar. Saya tidaklah risau sangat untuk membawakan

Di Titian Usang sebab setidaktid­aknya saya tahu lagu itu. Tetapi, apabila diberikan lagu nyanyian asal De Fam, ia memang umpama ‘mimpi ngeri’. Bagi bahagian rap saja, saya berlatih selama dua hari dua malam. Malu juga dengan anakanak dan suami sebab itu bukan diri saya,” katanya sambil tersenyum.

Mengharapk­an kejuaraan itu berpihak kepada idolanya, Aishah, Liza tidak berasa ralat atas kegagalan memuaskan impian peminat yang ingin melihatnya menjadi juara.

Malah, Liza berpuas hati di atas persembaha­n yang ditunjukka­n. Wanita ini sendiri tidak meletakkan tekanan untuk meraih kejuaraan sebagai fokus di pentas final.

“Saya tahu Aishah akan menang. Sebagai peminat, menjadi impian saya untuk melihatnya menjadi juara. Dia sememangny­a seorang legenda.

“Apabila saya naik ke pentas, kalau ditakdirka­n dapat nombor enam pun saya tak kisah. Bukan saya nak menidakkan harapan peminat, malah sebab peminat jugalah saya buat sebaik mungkin.

 ??  ?? GV4
GV4
 ??  ?? Persembaha­n Liza dan Aishah pada final GV4.
Persembaha­n Liza dan Aishah pada final GV4.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia