Berita Harian

Terharu dengan sokongan peminat

-

“Kebimbanga­n saya ketika itu adalah bagaimana saya mahu membuat persembaha­n sebab lagu yang dapat memang sangat kuat. Malam itu, saya mahu memastikan orang akan ingat persembaha­n saya, dan saya juga bukannya hilang sebab menyanyi teruk,” katanya.

Percaya pada rezeki

Cuba memadam kekecewaan peminat beliau, Liza menganggap apa yang dikecapiny­a pada malam konsert akhir GV4 sudah dijangkaka­n dan penyokongn­ya perlu menerima kenyataan itu.

“Jujurnya, apabila dapat masuk final, sasaran saya sudah pun tercapai. Kita kena percaya kepada rezeki. Memanglah ada juga rasa kecewa, tetapi kekecewaan itu biar setakat malam itu saja dan selepas itu, kita kena teruskan seperti biasa. Kita perlu memandang ke depan.

“Mereka mahu saya menyanyi, jadi saya kembali. Saya rasa sangat terharu apabila peminat yang dulu masih ada dan mereka datang balik. Apabila mereka bersikap sebegitu, saya yakin mereka percaya ada sesuatu dalam diri saya,” katanya.

Anak peluk enggan lepaskan ibu

Kata penyanyi ini, beliau meninggalk­an bidang seni suatu ketika dulu bukan kerana kecewa, sebaliknya menumpukan kepada anakanak yang sedang membesar di samping menguruska­n perniagaan bersama suami, Mohamed Shahrin Samsudin.

“Saya kembali selepas melihat anakanak sudah besar dan perniagaan pun sudah boleh bergerak dengan sendirinya. Saya cuma perlu menguruska­n akaun syarikat, iaitu sesuatu yang saya lakukan sejak dulu.

“Anakanak juga sudah boleh menerima ketiadaan saya, berbanding mulamula dulu. Pada peringkat awal dulu, anak ketiga saya sampaikan peluk saya dan cakap, mama janganlah pergi GV lagi.

“Saya berterus terang dengan mereka, saya bekerja. Sama juga sebelum ini, ada ketikanya saya tiada di samping mereka. Sekarang mereka sedang berada dalam peringkat transisi dan Shah juga sudah mula menerima situasi ini kembali. Apa pun, keutamaan saya tetap kepada keluarga walaupun saya sibuk dengan persembaha­n. Itulah juga yang saya cakapkan kepada pihak pengurusan,” katanya yang menjadikan momentum selepas GV4 sebagai batu loncatan untuk kembali ke arena seni.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia