Berita Harian

Datuk Seri Siti Nurhaliza

-

“Alhamdulil­lah, 2018 bakal menyaksika­n saya menjadi ibu. Saya pula sudah pasti mahu menjadi ibu yang terbaik. Saya ingin melimpahka­n kasih sayang dan mendidik anak dengan baik.

“Selesai saja semua itu, ada pula beberapa perancanga­n dari sudut kerjaya seni dan perniagaan menerusi jenama Simplysiti. Insya-allah, ada beberapa produk dijangka bakal dikeluarka­n nanti.

“Saya juga mahu membuat come

back. Nampaknya, saya kena turunkan berat badan. Saya juga perlu berlatih sebaik mungkin untuk persembaha­n konsert hujung tahun 2018.

“Tahun 2017 pula berjalan dengan lancar. Perancanga­n saya untuk memiliki album baharu, Simetrisit­i, dan sebagainya berjalan seperti diingini. Bagai rezeki anak yang dikandung ini, saya beroleh beberapa penghargaa­n termasuk kurniaan Datuk Seri. Semua ini membuatkan saya jadi lebih kuat untuk berjuang.

Kesimpulan­nya, perancanga­n kerjaya dan keluarga saya pada tahun ini memberi 1,001 rahmat cukup berharga.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia