Berita Harian

Siti Nordiana

-

“Azam saya pada 2018 adalah untuk mencapai apa yang tidak dapat digenggam pada tahun ini. Diharapkan, 2018 akan terus menaikkan kerjaya saya, dalam kedua-dua bidang, iaitu nyanyian dan lakonan. Selain itu, saya juga mahu mengadakan konsert mini untuk peminat tersayang.

“Bulan depan juga saya akan memulakan penggambar­an drama,

Klik! Pengantin Musim Salju, berganding­an sekali lagi dengan Alif Satar. Kami mungkin menjalani penggambar­annya di Korea atau Jepun bagi mendapatka­n suasana bersalji. Sementara single saya yang terbaru pula akan dikeluarka­n pada Mac depan. Ia menyusul selepas lagu Terus Mencintai.

Selain itu, ada beberapa lagi perancanga­n yang belum dapat dikongsi sebab masih tiada kata putus.

“Bagi 2017, memang boleh saya rumuskan ia tahun bertuah. Bermula dari Januari, saya berpeluang ke pentas teater, Dia Semanis Honey. Ia percubaan pertama saya dalam lakonan pentas, malah diberikan pula watak utama. Alhamdulil­lah, ia mendapat sambutan hangat sehingga penuh panggung. Tahun ini juga menyaksika­n saya menjadi hos Gema Gegar

Vaganza, selain berpeluang menunaikan umrah bersama keluarga.

“Dapat dua anugerah, iaitu Penyanyi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH 3.0 dan Anugerah Meletop Era juga detik indah buat saya. Sudah lama saya tunggu saat ini. Malah, saya turut dilantik menjadi duta portal belibelah, Prima Valley Women.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia