Berita Harian

Wany Hasrita

-

“Tahun 2017 membuka banyak peluang saya dikenali dalam industri muzik tanah air. Saya beruntung kerana diterima baik oleh peminat menerusi single Menahan Rindu. Tahun ini juga menyaksika­n banyak kejayaan besar bagi bakat baharu seperti saya, termasuk melayakkan diri ke pentas Anugerah Juara Lagu 32. Doakan saya dapat melakukan yang terbaik pada pertanding­an berprestij itu nanti.

“Saya sudah tentunya gembira dan bersyukur kerana rezeki yang amat manis ini dan saya amat berharap terus mendapat sokongan daripada semua pihak. Saya tahu saya masih baharu, jadi banyak lagi yang perlu saya perbaiki.

“Tahun depan pula, insya-allah saya akan muncul dengan album mini, selain mencuba bakat dalam lakonan.”

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia