Berita Harian

Khai Bahar

-

“Saya merumuskan perjalanan seni sepanjang 2017 menyaksika­n detik berharga buat diri sendiri. Lima trofi yang saya menangi pada beberapa anugerah sepanjang tahun ini cukup istimewa dan manis untuk dikenang.

“Kejayaan memenangi kategori Artis Baru Meletop pada Anugerah Meletop Era 2017, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 (Artis Baharu Lelaki Popular dan Penyanyi Lelaki Popular) serta dua trofi pada Anugerah Planet Muzik 2017 (APM) di Singapura (Lagu Paling Popular dan Artis Paling Popular APM) tak pernah saya bayangkan. Semua kejayaan itu takkan saya dapat tanpa sokongan peminat.

“Saya juga dapat menyertai program Kembara Jiwa dan Kemanusiaa­n, Umrah dan Ziarah ke Istanbul, Turki, anjuran Syria Care pada 31 Oktober lalu. Sambil menjayakan program itu, saya turut mengambil kesempatan membawa ibu bapa menunaikan umrah.

“Untuk 2018, saya harap yang manis itu akan terus berpanjang­an. InsyaAllah saya juga bakal mengeluark­an album mini memuatkan enam lagu. Tarikhnya belum dapat disahkan lagi. Malah, kontrak saya bersama NAR Records juga sudah disambung tiga tahun lagi.” yang kita terlepas.

“Bagi saya, setiap tahun, hari dan saat pasti ada cabaran dalam hidup. Moga cabaran itu buat kita lebih matang dan tidak melakukan kesalahan yang sama. Tahun 2017 pula agak besar bagi saya selepas menceburi bidang seni. Ia memang perkara baharu. Jadi, banyak yang saya perlu teroka dan perbaiki. Apa pun, 2017 memang menakjubka­n.”

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia