Berita Harian

Napoli terus gah di persada

Hamsik catat rekod dengan jaringan ke-117 atasi Maradona

-

Gol babak pertama daripada penjaring terbanyak kelab, Marek Hamsik memberikan Napoli kemenangan 1-0 ke atas Crotone, sekali gus memastikan mereka menuju ke pertengaha­n kempen Serie A sebagai pendahulu.

Napoli kini mengumpul 48 mata selepas 19 daripada 38 perlawanan, empat mata mendahului juara bertahan, Juventus yang akan bertemu Verona.

Rekod mereka termasuk 15 kemenangan, tiga seri dan satu kekalahan.

Napoli menguasai permainan dan mencipta lebih peluang tetapi turut bergelut menahan asakan lawan yang dikendali bekas penjaga gol Itali, Walter Zenga pada babak kedua.

Crotone dalam bahaya

Hamsik meletakkan Napoli di depan pada minit ke-17 selepas bermain satu dua dengan Allan untuk menembusi benteng Crotone sebelum merembat menewaskan Alex Cordaz.

Ia adalah gol ke-117 pemain tengah Slovakia itu untuk kelab, dua mengatasi rekod sebelumnya yang dicatat legenda Argentina, Diego Maradona.

Crotone pula yang kekal dalam saingan Serie A musim ini selepas mempamerka­n kebangkita­n paling bersejarah dalam liga musim lalu, terus terperosok dalam zon penyingkir­an di tangga ke-18 dengan 15 mata.

 ??  ?? Hamsik (tengah) meledak 117 gol untuk Napoli setakat ini, dua gol mengatasi rekod sebelumnya yang dicatat Maradona.
Hamsik (tengah) meledak 117 gol untuk Napoli setakat ini, dua gol mengatasi rekod sebelumnya yang dicatat Maradona.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia