Berita Harian

Kane diramal jadi legenda

-

London: Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino yakin Harry Kane mampu dijulang sebagai legenda buat kelab Inggeris itu seperti Francesco Totti bersama AS Roma.

Kane, 24, yang mula menyertai Tottenham pada 2009 berjaya memintas rekod Alan Shearer selaku penjaring gol terbanyak semusim apabila meledak 39 gol berbanding 36 dirakamkan bekas bintang Newcastle United itu pada 1995.

Penjaring terbanyak

Penyerang England itu turut merekodkan 56 gol dalam semua pertanding­an untuk meletakkan dirinya penjaring terbanyak Eropah musim ini.

“Kane mempunyai kualiti dan motivasi untuk muncul pemain terbaik dunia bersama Tottenham, seperti Francesco Totti yang setia bersama Roma hingga penghujung kariernya.

“Untuk kami dan semua penyokong, Kane pemain yang menakjubka­n dan memiliki mentaliti positif serta profesiona­l,” kata Pochettino.

Kane yang menyumbang hatrik dalam tiga perlawanan berturut-turut sebelum ini dijangka tidak dapat diturunkan bertemu Swansea City, Selasa ini berikutan masalah kesihatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia