Berita Harian

Kompany perkukuh City

Guardiola sahkan tonggak pertahanan mampu beraksi pada perlawanan penting

-

Manchester

KFabian Delph sudah cergas untuk beraksi di Palace tetapi pertahanan John Stones yang tersisih berikutan kecederaan hamstring tidak bersedia untuk aksi selama 90 minit.

“Fabian tidak cergas ketika melawan Newcastle, tetapi dia jauh lebih baik ketika ini. Kita akan lihat. Kes Fabian agak sama seperti Vincent dan dia mengetahui badannya.

“John Stones juga semakin baik. Saya fikir dia akan cergas bagi perlawanan selepas ini (Watford) dan ia berita yang besar bagi kami.”

City sudah membuat rekod dengan memenangi 18 perlawanan liga berturut-turut yang dibantu prestasi menakjubka­n pemain tengah Kevin de Bruyne dan pemain sayap, Raheem Sterling.

Begitupun, Guardiola menegaskan sumbangan pertahanan Nicolas Otamendi sebagai kunci kejayaan kelab kendaliann­ya ketika ini.

 ??  ?? Kompany yang dibelenggu kecederaan sejak dua tahun lalu terpaksa digantikan selepas 10 minit permainan bertemu Newcastle United, Rabu lalu.
Kompany yang dibelenggu kecederaan sejak dua tahun lalu terpaksa digantikan selepas 10 minit permainan bertemu Newcastle United, Rabu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia