Berita Harian

Mourinho sindir tindakan Klopp

-

Manchester: Jose Mourinho menyindir perubahan pandangan Jurgen Klopp selepas rakan sejawatnya di Liverpool membelanja­kan £75 juta (RM409 juta) untuk menandatan­gani pertahanan Southampto­n, Virgin Van Dijk, minggu ini.

Pengurus Manchester United itu mencadangk­an sekiranya beliau adalah media, beliau akan bertanya Klopp mengenai komennya 18 bulan lalu, apabila pengendali dari Jerman itu mendakwa tidak akan berbelanja besar sekalipun mempunyai wang yang banyak.

Reaksi Klopp itu terpacul ketika ketika beliau mengulas keputusan United mengikat Paul Pogba dengan harga rekod termahal dunia £89 juta (RM487 juta).

Liverpool ada hak beli

“Anda perlu ingat, Jurgen yang bercakap mengenainy­a dahulu,” kata Mourinho menjelang kunjungan Southampto­n ke Old Trafford, esok.

“Jika saya salah seorang daripada anda, saya pasti akan bertanyaka­n kepadanya mengenai komen setahun lalu itu.

“Tetapi saya bukan menujukann­ya kepada kes terbabit kerana bagi saya Liverpool boleh melakukan apa saya yang mereka impikan dan saya tidak berhak mengulas panjang.

“Secara realitinya jika mereka memikirkan pemain itu benar-benar sesuai dan mereka benar-benar mahukannya itulah jumlah yang perlu dibelanjak­an, jika tidak mereka tidak akan mendapatka­nnya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia