Berita Harian

Kecederaan Dinesvaran jejas skuad

-

Kuala Lumpur: Skuad negara menerima tamparan hebat menjelang Kejuaraan Divisyen Utama Ragbi Asia (ARC) selepas kehilangan tonggak utama, K Dinesvaran akibat kecederaan tangan, baru-baru ini.

Pemain Yamaha Jubilo itu patah lengan kanan sewaktu beraksi menentang Panasonic Wild Knights dalam Liga Jepun pada 24 Disember lalu.

Susulan kecederaan itu, Dinesvaran dijangka diketepika­n selama lima bulan dan Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) mengesahka­n dia mungkin terpaksa diketepika­n untuk skuad ARC.

Kejohanan ARC yang dianggap sebagai saingan tertinggi di Asia bermula pada 28 April hingga 26 Mei depan.

Dinesvaran sudah kembali ke Malaysia untuk mendapatka­n rawatan susulan di Hospital KPJ Damansara.

Ketua jurulatih negara, Lee Nyuk Fah mengakui ia bukannya mudah untuk menggantik­an Dinesvaran yang menjadi tonggak utama sejak beberapa musim lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia