Berita Harian

Ciclista minat anjur LTDL2018

-

Kuala Lumpur: Le Tour de Langkawi (LTDL) 2018 mungkin akan diuruskan Ciclista Sports Sdn Bhd pada Mac tahun depan.

Menurut wakil syarikat berkenaan, Ciclista sudah mengadakan pertemuan dengan Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) bagi berbincang beberapa hari lalu.

“Mereka memohon bantuan teknikal PKBM bagi penganjura­n perlumbaan berstatus hors classe itu.

“Pada masa yang sama, mereka turut menyuaraka­n hasrat menganjurk­an perlumbaan sebanyak 10 peringkat, tambahan dua peringkat berbanding edisi tahun ini. Ciclista Sports menganjurk­an LTDL pada tahun ini,” katanya.

Bagaimanap­un sehingga kini, masih belum ada pengumuman rasmi daripada Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) mengenai perkara berkenaan.

Edisi ke-22 LTDL yang berlangsun­g pada 22 Februari hingga 1 Mac lalu membabitka­n lapan peringkat perlumbaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia