Berita Harian

Peng Soon sasar ke Sukan Komanwel

-

Kuala Lumpur: Beregu campuran negara, Chan Peng Soongoh Liu Ying bukan sahaja sudah bersedia untuk merebut tempat bagi beraksi pada Sukan Komanwel 2018 tetapi turut memasang impian untuk memenangi pingat emas pada temasya itu yang akan berlangsun­g di Gold Coast, Australia, April depan.

Peng Soon, berkata selepas gagal merealisas­ikan impian itu dalam dua penampilan sebelum ini, iaitu pada edisi 2010 di New Delhi, India dan 2014 di Glasgow, Scotland, dia berasakan ini adalah peluang terbaik untuk menebus kehampaan itu.

Di New Delhi, Peng Soon berganding­an bersama Liu Ying manakala di Glasgow dia beraksi dengan Lai Pei Jing dan berjaya meraih gangsa.

“Memang persaingan yang sengit untuk mendapat tempat bagi mewakili Malaysia bagi acara beregu campuran apatah lagi saya dan Liu Ying baru sahaja kembali bersama selepas berpisah sejak Mei lalu. Kami perlu cepat mendapatka­n rentak kami.

Aksi terbaik

“Kami akan berikan aksi terbaik kami dalam dua kejohanan awal tahun depan bagi membuktika­n kepada jurulatih betapa kami layak untuk disenaraik­an. Jika dapat, saya memang meletakkan sasaran untuk memenangi emas,” kata Peng Soon.

Dengan status Peng Soon-liu Ying sebagai pemenang perak Olimpik Rio 2016, peluang sudah pastinya tinggi untuk mereka meraih emas di Gold Coast tetapi dengan syarat mereka mampu kembali pada tahap prestasi sebenar.

Semalam, jurulatih beregu campuran negara, Pang Cheh Chang memaklumka­n tempat untuk Peng Soon-liu Ying ke Sukan Komanwel belum terjamin biarpun sudah kembali bersama sebaliknya mereka akan dinilai dalam empat kejohanan awal tahun depan sebelum keputusan dibuat.

 ??  ?? Chan Peng Soon
Chan Peng Soon

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia