Berita Harian

Bangga pencapaian skuad wanita

- Oleh Saiful Affendy Sapran

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih skuad hoki wanita negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah menyifatka­n 2017 sebagai tahun cukup cemerlang untuk barisan pemainnya selepas disering dipandang rendah oleh pasukan gergasi ketika tahun pertama beliau membimbing pasukan pada 2016.

Jelas Dhaarma, kejayaan muncul naib juara pada pusingan kedua Liga Hoki Dunia di Kuala Lumpur sekali gus layak kali pertama ke Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di Brussels, Belgium yang juga kempen kelayakan ke Piala Dunia 2018 di London, adalah kemuncak kejayaan kepada pasukannya.

“Jelas sekali itu adalah kejayaan yang cukup manis untuk skuad negara yang selama ini tidak dipandang sebagai pasukan pencabar.

“Walaupun kami gagal layak ke Piala Dunia buat kali pertama, bagi saya setiap pemain sudah bersungguh-sungguh mempamerka­n kemampuan mereka.

Teruskan kecemerlan­gan

“Harus diingat, kita tidak layak ke Piala Dunia bukan kerana pemain tidak beraksi dengan bagus di sseparuh akhir Liga Hoki Dunia, tetapi hakikatnya kita belum mencapai tahap seperti mana pasukan lain yang sudah kerap kali beraksi di kempen kelayakan.

“Jadi saya terima kegagalan ini dengan hati terbuka,” katanya.

Menurut Dhaarma, kecemerlan­gan sepanjang 2017 harus diteruskan untuk 2018 yang menyaksika­n skuad negara bakal mengharung­i tiga kejohanan utama, iaitu Sukan Komanwel, Asia dan Trofi Juara-juara Asia.

“Kecemerlan­gan pasukan sepanjang 2017 mula membuka mata beberapa pasukan utama dunia.

“Saya pasti mereka tidak akan memandang mudah cabaran daripada skuad negara apabila bertemu dalam kejohanan utama sepanjang tahun depan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia