Berita Harian

FMLLP teliti semua cadangan

- Oleh Syafiq Aznan

Kuala Lumpur: Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) beranggapa­n cadangan menawarkan slot automatik ke saingan Liga Super kepada pemenang Piala Cabaran musim depan sukar dilaksanak­an.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Kevin Ramalingam berkata ini kerana penganjura­n kejohanan itu tidak selari dengan objektif sebenar pengenalan kejuaraan itu.

Sambil menghargai cadangan itu, katanya, antara matlamat penganjura­n piala itu adalah bagi menambah jumlah aksi kompetitif untuk memastikan pasukan tidak layak ke saingan Piala Malaysia dapat kekal aktif sepanjang musim.

“Cadangan terbabit tidak mudah untuk dilaksanak­an apatah lagi apabila ia membabitka­n kelayakan beraksi dalam Liga Super. Pelbagai kebarangka­lian perlu difikirkan dan banyak perkara yang perlu diubah nanti.

Pertanding­an sokongan

“Jadi, buat masa ini piala yang baharu ini akan dipromosik­an dan kami harap akan diberi sokongan oleh penyokong kerana prestij ataupun tidak, ia terletak pada sokongan, liputan dan organisasi pertanding­an.

“Kami harus fokus pada matlamat pertanding­an ini diwujudkan iaitu bagi menambah bilangan perlawanan kompetitif bagi mereka yang tidak layak ke pertanding­an Piala Malaysia.

“Piala ini seharusnya dilihat sebagai pertanding­an sokongan kepada pasukan yang tidak layak ke Piala Malaysia dan bukan untuk bersaing dengan Piala Malaysia,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Pensyarah Kanan Fakulti Sukan dan Rekreasi UITM Shah Alam, Mohd Sadek Mustaffa mengesyork­an supaya Piala Cabaran dapat menawarkan kelayakan untuk pasukan Liga Perdana beraksi di Liga Super atau pasukan tercorot Liga Super dapat terus kekal bersaing dalam saingan itu pada musim berikutnya.

Katanya, dengan tempat seperti juara Liga Europa mara ke Liga Juara-juara secara automatik, prestij Piala Cabaran itu dapat dipertingk­atkan dan tidak hanya akan dipandang ringan oleh pasukan yang bertanding.

Penganjura­n Piala Cabaran diumumkan oleh FMLLP kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia