Berita Harian

Ibu bapa perlu bantu guru tingkat disiplin pelajar

-

Tawau: Ibu bapa digesa bekerjasam­a dengan guru untuk meningkatk­an tahap disiplin murid dan pelajar dalam usaha mencapai kecemerlan­gan pendidikan.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Hamisa Samat, berkata ibu bapa tidak boleh membiarkan guru semata-mata membentuk disiplin anak kerana mereka mempunyai banyak tanggungja­wab lain.

“Usaha membentuk disiplin lebih kepada tanggungja­wab ibu bapa kerana masa anak lebih lama di rumah berbanding hanya beberapa jam di sekolah.

“Malah ibu bapa perlu sedar di sekolah masa lebih ditumpukan untuk aspek pengajaran dan pembelajar­an.

“Ini menjadikan masa untuk membentuk sahsiah sangat terhad,” katanya ketika melancarka­n Program Kembali ke sekolah Gunting Rambut Percuma di Kampung Tanjong Batu Laut, di sini, semalam.

Program anjuran Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) Tanjong Batu itu disertai kira-kira 250 kanak-kanak dari Mukim Tanjong Batu, Merotai dan Kalabakan.

Pantau anak

Hamisa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, berkata ibu bapa perlu menjadi sebahagian daripada warga sekolah yang aktif bagi membentuk disiplin yang baik dalam kalangan anak.

“Ibu bapa tidak boleh lagi sekadar menerima apa saja yang berlaku di sekolah dan langsung tidak memainkan peranan termasuk memantau tingkah laku serta pencapaian akademik anak masing-masing.

“Mereka mesti lebih aktif mengambil tahu siapa anak mereka di sekolah yang kadang-kadang berbeza dengan sikap mereka ketika di rumah,” katanya.

Hamisa berkata, hubungan baik ibu bapa dengan pengurusan sekolah perlu ditingkatk­an terutama untuk membincang­kan perkembang­an diri pelajar.

Katanya, ibu bapa masa kini perlu bersikap proaktif termasuk menambah ilmu berkaitan keibubapaa­n yang sering dianjurkan sama ada melalui seminar atau kursus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia