Berita Harian

Kes denggi di Sibu kurang 93 peratus

Pelan tindakan drastik MPS tangani wabak terutama di zon tumpuan beri kesan positif

- Oleh Harun Yahya

Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) merekodkan penurunan mendadak sehingga 93 peratus kes denggi di kawasan seliaannya sepanjang tahun ini.

Ia memperliha­tkan penurunan daripada 1,299 kes dilaporkan sepanjang tahun lalu kepada hanya 92 kes yang direkodkan bagi tempoh sama tahun ini.

Timbalan Pengerusi MPS, Rogayah Jamaain, berkata bermula awal tahun ini, pihaknya melaksanak­an pelbagai pelan tindakan drastik, khusus bagi menangani wabak berkenaan.

Katanya, antara inisiatif dilaksanak­an termasuk menggalakk­an program gotong-royong bersama komuniti setempat, selain meningkatk­an aspek penyelengg­araan sistem saliran dan perparitan.

“Keseluruha­nnya, tiga zon dikenal pasti sebagai kawasan wabak iaitu di Zon 14 membabitka­n Rejang Park, Zon 7 (Jalan Tiong Hua) dan Zon 5 (Jalan Mahsuri dan Jalan Pedada).

Tiga zon tumpuan

“Tiga zon ini menjadi tumpuan kaedah penyembura­n antinyamuk (fogging) secara berterusan.

“Sehingga November lalu, aktiviti penyembura­n asap yang dilaksanak­an bersama Jabatan Kesihatan membabitka­n lebih 80,000 premis perniagaan dan unit kediaman,” katanya ketika dihubungi BH, di sini semalam.

Selain penyembura­n asap, MPS turut mengatur gerak kerja gotongroyo­ng bersama penduduk setempat bagi membersihk­an kawasan kediaman menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

“Gotong-royong ini dilakukan hampir setiap minggu. Sebanyak lebih 130 aktiviti itu dilaksanak­an dengan bantuan jawatankua­sa penduduk dan persatuan kejiranan,” katanya.

Rogayah berkata, MPS juga bekerjasam­a dengan Jabatan Kesihatan dalam melakukan pemantauan dan pengawasan Aedes dengan menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas premis kediaman dan perniagaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia