Berita Harian

ADUN Elopura umum tidak tanding PRU-14

-

Sandakan: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Datuk Au Kam Wah, mengumumka­n tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau berkata, keputusan itu dibuat kerana mahu memberi peluang kepada pemimpin muda berpengala­man, berkelayak­an dan mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang politik, sejajar keperluan negara masa kini.

“Sebenarnya keputusan untuk tidak bertanding ini sudah dibuat sejak Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lagi dan inilah masa yang sesuai untuk memberi peluang kepada golongan muda menerajui kepemimpin­an di Dewan Undangan Negeri (DUN) Elopura ini.

“Saya rasa dengan kemajuan negara dan kecanggiha­n zaman teknologi ketika ini, amat perlu dan sesuai golongan muda diangkat menjadi pemimpin supaya dapat mewakili dan membela golongan berkenaan,” katanya pada sidang media khas beliau, di sini, semalam.

Cadang Tzun Hei jadi calon

Beliau yang juga Ahli Jawatankua­sa Pusat Gerakan, berkata keputusan itu sudah dimaklumka­n kepada Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Tan Sri Musa Haji Aman.

Katanya, walaupun keputusan mengenai calon dibuat kepemimpin­an tertinggi BN, pengganti calon untuk bertanding di kawasan berkenaan sudah dikenal pasti.

“Saya mencadangk­an agar Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) DUN Elopura, Chan Tzun Hei menjadi calon bagi kawasan ini pada PRU akan datang,” katanya.

Kam Wah mula bertanding sebagai calon pada 2004 atas tiket BN di bawah Parti Maju Sabah (SAPP) dan menang pada pilihan raya ketika itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia