Berita Harian

Biro Konvensyen promosi Sabah sebagai pusat MICE

Unit khas bantu pikat pelabur manfaat kemudahan taraf dunia disediakan SICC

- Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah

Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah mewujudkan Biro Konvensyen (CB), iaitu unit baharu dalam kementeria­n itu untuk memasarkan negeri ini sebagai pusat mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MICE).

Menterinya, Datuk Masidi Manjun, berkata penubuhan unit itu yang diletakkan di bawah Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB) sejajar dengan pembinaan Pusat Konvensyen Antarabang­sa Sabah (SICC) yang dijadualka­n siap pada suku keempat tahun depan.

Beliau berkata, SICC yang bakal menawarkan kemudahan bertaraf dunia membolehka­n STB menumpukan pasaran MICE dan ia disasar mampu meningkatk­an pendapatan sektor pelanconga­n negeri ini.

“Kepentinga­n dan kekuatan segmen baharu dalam industri pelanconga­n ini mesti dibangunka­n dari sekarang,” katanya dalam kenyataan media berhubung pelantikan Pengurus Besar STB yang baharu dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CB, di sini, semalam.

STB umum pelantikan CEO CB

Dalam kenyataan itu, Masidi mengumumka­n pelantikan Timbalan Pengurus Besar (Pemasaran) STB, Suzaini Sabdin Ghani sebagai Pengurus Besar STB menggantik­an Gordon Yapp yang dilantik sebagai CEO CB berkuatkua­sa 1 Januari ini.

Sebelum menyertai STB, Suzaini berpengala­man lebih 20 tahun sebagai pegawai kanan di sebuah rangkaian hotel antarabang­sa dan beliau bertanggun­gjawab melaksanak­an transforma­si dalam strategi pemasaran STB ketika memegang jawatan Timbalan Pengurus Besar (Pemasaran).

Masidi berkata, Gordon akan membantu dan bekerjasam­a dengan pemilik SICC iaitu Innoprise Corporatio­n Sdn Bhd (ICSB) dan Yayasan Sabah untuk menyedia dan memasarkan SICC serta membawa masuk sebanyak mungkin perniagaan MICE ke Sabah.

Sementara itu, katanya kementeria­n bekerja keras untuk menjadikan STB lebih cemerlang dengan mengamalka­n budaya dan etika kerja sektor swasta sejak dua tahun lalu.

“Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kini menjadi komponen penting dalam strategi baharu pemasarann­ya.

“Kos pemasaran rendah tetapi hasilnya adalah lebih baik. Tahun lalu berjaya memecah rekod dari segi ketibaan pelancong dan saya yakin kita melakukan lebih baik bagi tahun ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia