Berita Harian

Lebih 2,000 mangsa banjir dapat bantuan

-

Miri: Lebih 2,000 mangsa banjir di wilayah utara negeri ini sudah menerima bantuan keperluan asas, termasuk bekalan makanan yang diagihkan ke kawasan terjejas sehingga semalam.

Ia membabitka­n 435 keluarga dari 15 rumah panjang di sekitar Bahagian Miri, dengan kebanyakan­nya penduduk di Subis dan kawasan sekitarnya yang terjejas akibat banjir minggu lalu.

Pegawai Daerah Subis, Husaini Bakir, berkata sejumlah 1,257 bungkusan makanan diagihkan kepada semua mangsa banjir bagi fasa pertama.

“Bantuan itu diagihkan kepada penduduk menerusi agensi seperti Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Tentera Malaysia dan polis,” katanya ketika dihubungi semalam.

Penduduk perlu waspada

Beliau berkata, secara keseluruha­nnya keadaan banjir di Subis terkawal, namun penduduk di kawasan itu masih dinasihatk­an mengambil langkah waspada.

Katanya, jika berlaku taburan hujan luar biasa, kawasan penempatan penduduk yang didirikan di lokasi rendah berkemungk­inan dilanda banjir semula.

“Sekarang keadaan cuaca masih tidak menentu dan beberapa penempatan penduduk masih ditenggela­mi banjir,” katanya.

Beliau berkata, penduduk dinasihatk­an mengawasi pergerakan anak mereka dan mengelak bermain air.

Katanya, pelbagai penyakit bawaan air mudah merebak ketika musim banjir dan orang ramai dinasihatk­an memasak air sebelum digunakan.

 ?? [FOTO KANDAU SIDI/BH] ?? Anggota keselamata­n bersedia mengagihka­n makanan kepada mangsa banjir di utara Sarawak.
[FOTO KANDAU SIDI/BH] Anggota keselamata­n bersedia mengagihka­n makanan kepada mangsa banjir di utara Sarawak.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia