Berita Harian

Cedera jatuh 12 meter kren patah

-

Dungun: Dua lelaki cedera termasuk seorang parah selepas kren digunakan mereka untuk menebang pokok tecoma di Kilometer 68.8, Jalan Kuala Terengganu-kuantan dekat Simpang Tanjung Jara, patah.

Kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari semalam ketika Che Wan Rani Che Wan Deraman, 57, bersama Che Wan Mohd Asri Che Wan Mustafa, 39, sedang membuat penebangan pokok pada ketinggian 12 meter.

Mangsa tercampak

Ketika sedang bekerja, kren digunakan mereka disyaki mengalami masalah teknikal, menyebabka­nnya patah sebelum kedua-dua mangsa tercampak ke atas jalan dan masingmasi­ng cedera di bahagian kepala.

Keadaan Che Wan Rani dikatakan lebih parah, berbanding Che Wan Mohd Asri.

Beberapa pekerja yang melihat kejadian itu bergegas membantu mangsa serta menghubung­i bantuan kecemasan Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang membantu menghantar dua lelaki itu ke Hospital Dungun.

Mangsa kedua kritikal

Pegawai APM Dungun, Kapten Ramlan Ros, berkata tiga anggotanya bersama sebuah ambulans bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.

“Kedua-dua mangsa masih dalam rawatan di Hospital Dungun tetapi seorang daripada mereka dilaporkan kritikal,” katanya.

 ??  ??
 ?? [FOTO ROSLI ILHAM/BH] ?? Anggota APM memberi bantuan kecemasan kepada mangsa yang tercampak ke atas jalan selepas kren digunakan untuk menebang pokok patah di Kilometer 68.8, Jalan Kuala Terengganu-kuantan, Dungun, semalam.
[FOTO ROSLI ILHAM/BH] Anggota APM memberi bantuan kecemasan kepada mangsa yang tercampak ke atas jalan selepas kren digunakan untuk menebang pokok patah di Kilometer 68.8, Jalan Kuala Terengganu-kuantan, Dungun, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia