Berita Harian

Kakak Meghan Markle bengang dengan Harry

Samantha sangkal dakwaan adik diabaikan saudara lain

-

Kakak Meghan Markle, Samanta Grant, juga dikenali Samantha Markle, bengang dengan kenyataan Putera Harry yang menyebut tunangnya itu baharu kini ‘menikmati kehidupan keluarga sebenar.’

Pasangan diraja yang baharu mengikat tali pertunanga­n itu berkongsi kemeriahan sambutan Hari Natal ketika diundang sebagai pengarang tamu program Radio 4 Today.

“Keluarga kami senang dengan kehadiran beliau. Seronok menghabisk­an masa bersama abang, kakak ipar dan melayan anak saudara bermain,” kata Putera Harry, 33, kepada pendengar setia radio berkenaan.

Beliau menambah, Meghan, 36, adalah tunangan pertama diundang ke majlis keluarga sekali gus mempelajar­i tradisi diraja.

“Beliau pandai membawa diri dan jujur saya katakan, ini adalah keluarga yang belum pernah dimilikiny­a selama ini,” kata Harry mengenai Meghan.

Sebaliknya, kata-kata Harry mengundang kemarahan kakak tunangnya, Samantha, yang mendakwa bintang drama bersiri Suits itu tidak pernah diabaikan, dibesarkan oleh keluarga besar, namun kesibukan aktres itu membataska­n kemesraan mereka.

Samantha, lahir hasil perkahwina­n pertama bapa aktres itu, Thomas Markle meluahkan rasa di Twitter miliknya: “Sebenarnya Meghan sudah pun memiliki keluarga besar yang sentiasa menyokongn­ya.

Tambah ahli baharu

“Keluarga kami sederhana dan apabila ayah dan Doria bercerai, kami tetap berbaik supaya Meghan merasa seolah-olah beliau mempunyai dua keluarga.”

Bekas model dan aktres berusia 52 tahun dan menetap di Florida Amerika Syarikat (AS) itu menyambung: “Tiada siapa merasa diabaikan. Cuma beliau terlalu sibuk dengan kerjayanya. Baca buku saya yang lengkap dengan fakta dan gambar.”

Ibu Meghan, Doria berpisah dengan ayahnya ketika aktres itu berusia enam tahun.

Status Twitter lain Samantha, menegaskan, perkahwina­n Harry dan adiknya hanya menambah ahli baharu dalam keluarga besarnya.

“Keluarga Meg (keluarga kami) sudah lengkap dengan kehadiran kakak, abang, ibu dan bapa saudara serta sepupu, ikatan kekeluarga­an kami cukup kuat.”

Hakikatnya, Samantha pernah mencetuska­n kontrovers­i menerusi perancanga­n ingin menerbitka­n buku biografi Meghan.

 ??  ??
 ??  ?? Harry meluahkan pendapat secara ikhlas mengenai tunangnya yang makin mesra dengan anggota keluarga diraja Britain.
Harry meluahkan pendapat secara ikhlas mengenai tunangnya yang makin mesra dengan anggota keluarga diraja Britain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia