Berita Harian

Rejim Zionis tambah kemarahan warga Palestin

Jumlah rakyat Palestin maut meningkat 13 orang sejak 6 Disember

-

Warga Palestin menjerit slogan apabila berkumpul dan mengadakan bantahan ketika bertempur dengan tentera Israel dekat sempadan di Semenanjun­g Gaza, kelmarin selepas tentera Zionis menembak mati seorang penduduk Gaza.

Seorang penduduk Gaza maut, semalam akibat cedera selepas ditembak tentera Israel ketika tunjuk perasaan di sempadan bagi membantah tindakan Amerika Syarikat mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Israel.

Seorang jurucakap Kementeria­n Kesihatan, Ashraf al-qudra, berkata Jamal Muslih, 20, dari khemah pelarian Al-bureij di tengah Gaza dilaporkan cedera parah akibat tembakan.

Kematianny­a membawa kepada sejumlah 13 penduduk Palestin yang terbunuh sejak Presiden AS, Donald Trump pada 6 Disember lalu mengumumka­n status baharu Baitulmaqd­is itu dengan memindahka­n kedutaan AS ke sini dari Tel Aviv.

Awal bulan ini, seramai 11 penunjuk perasaan maut selepas bertempur dengan tentera Israel dan dua lagi dalam serangan udara terhadap Gaza.

50 penduduk Palestin cedera

Difahamkan lebih 50 penduduk Palestin cedera dalam pertempura­n semalam di sempadan Gaza-israel sebagai sebahagian ‘Hari Kemarahan’ terhadap perisytiha­ran AS yang dipanggil kedua-dua pemimpin Gaza, Hamas dan kumpulan militan Islam Jihad.

Pesawat Israel dan kereta kebal turut menyasarka­n dua markas Hamas di sempadan yang mengakibat­kan kerosakan teruk tetapi tiada sebarang kehilangan nyawa dilaporkan dalam serangan berkenaan.

 ??  ??
 ?? [FOTO AFP] ?? Pejuang Palestin membawa rakan mereka yang tercedera ketika bertempur dengan tentera Israel di sempadan Israel-gaza, kelmarin.
[FOTO AFP] Pejuang Palestin membawa rakan mereka yang tercedera ketika bertempur dengan tentera Israel di sempadan Israel-gaza, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia