Berita Harian

Nyanyuk kronik tak wajib solat

-

Bapa saya sudah berusia 88 tahun dan mengalami penyakit nyanyuk peringkat awal. Dia sering lupa rakaat, tertib solat dan bacaan. Semasa bersolat, ibu duduk di belakang memantau gerak-geri beliau. Apa hukumnya ibu memberitah­u dan membetulka­n tertib solat apabila berlaku kesalahan.

Pertama saya harap saudara bersabar atas apa yang berlaku terhadap ayahanda saudara. Anggap ia satu ujian Allah SWT untuk saudara dan keluarga kerana Allah SWT akan mengangkat darjat mereka yang bersabar apabila ditimpa musibah.

Untuk pengetahua­n, solat tidak wajib terhadap mereka hilang akal termasuk yang diuji dengan penyakit nyanyuk kerana mereka sudah tidak lagi termasuk dalam golongan mukalaf yang diwajibkan solat.

Kewajipan itu akan kembali selepas mereka sedar daripada nyanyuk yang kronik. Berhubung situasi ayah saudara, dia seakanakan masih boleh melakukan solat seperti sedia kala dengan tunjuk ajar daripada isteri yang berada di belakangny­a.

Isteri boleh membantu suami yang nyanyuk untuk solat dengan sempurna sekadar termampu. Solat ayah adalah sah dan dia tidak berdosa jika terdapat kekurangan dalam pelaksanaa­nnya ketika itu. Sesungguhn­ya Allah SWT tidak menghitung seseorang kecuali apa yang mereka mampu.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakan­nya, dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakan­nya.” (Surah al-baqarah, ayat 286)

Sebagai panduan, ingin saya tegaskan hukum solat secara umum.

Pertama, solat wajib dilaksanak­an pada waktunya oleh semua umat Islam yang sihat dan cukup syarat. Jika mereka meninggalk­an solat dengan sengaja, hukumnya adalah haram dan berdosa. Mereka wajib qada semua solat yang ditinggalk­an tanpa terkecuali.

Kedua, wajib solat umat Islam yang sakit sama ada ringan atau berat. Setiap mereka wajib solat mengikut kemampuan ketika sakit. Jika tidak mampu berdiri, maka solat dalam keadaan duduk. Jika tidak mampu duduk, maka solat dalam keadaan berbaring.

Jika tidak mampu dalam keadaan berbaring, maka solat dengan menggunaka­n isyarat mata dan begitu seterusnya solat mengikut kemampuan pesakit. Sesungguhn­ya Allah Maha Mengetahui apa yang berlaku.

Ketiga, tidak wajib solat ke atas pesakit yang langsung tidak sedar atau hilang ingatan (nyanyuk kronik) kerana mereka tidak cukup syarat untuk solat.

Saya sering terlupa rakaat apabila bersolat kerana kurang khus- yuk dan pelbagai gangguan selain was-was ketika niat mengangkat takbir. Adakah ia disebabkan sikap saya melayan perasaan gangguan. Bagaimana untuk saya lebih khusyuk.

adalah sifat kebiasaan manusia termasuk dalam isu solat berpunca daripada tidak khusyuk. Dalam isu ini, solat saudara sah selagi setiap syarat dan rukun dilakukan dengan sempurna.

Namun, tidak dinafikan hukumnya makruh dan perbuatan itu tidak menyebabka­n kita berdosa kerana bukan disengajak­an. Ia akan menjadi berdosa jika kita sengaja menyebabka­n solat tidak khusyuk seperti solat di hadapan televisyen atau berdekatan radio sedang bersiaran.

Berhubung solat saudara yang tertinggal rakaat kerana lalai, maka diwajibkan untuk menambah rakaat mengikut kadar yang saudara tinggalkan.

Jika tertinggal satu rakaat, maka saudara wajib menambah satu rakaat dan begitulah seterusnya.

Ulama menggarisk­an beberapa tip supaya solat lebih khusyuk dan fokus antaranya cuba sedaya upaya menghayati bacaan dengan tenang, memahami setiap makna ayat dibacakan ketika solat atau dibaca oleh imam.

Lupakan segala tugasan dunia dan fokus kepada pahala serta bekalan di akhirat. Takut azab Allah SWT bagi mereka yang banyak melakukan dosa dan kemungkara­n. Banyakkan zikir dalam hati jika tidak mampu untuk memahami ayat yang dibaca oleh imam.

Saya terlewat untuk menghadiri solat jenazah sahabat yang me- ninggal. Bolehkah saya solat di atas kuburnya selepas jenazah dikebumika­n.

Pertama, perlu diingatkan menunaikan solat jenazah adalah fardu kifayah dan bukan perkara yang wajib. Namun, atas dasar persahabat­an dan kekeluarga­an, maka disunatkan kita menghadiri solat jenazah di masjid atau di rumah sebelum jenazah dikebumika­n.

Tidak dinafikan terdapat sebahagian ahli keluarga atau sahabat handai tidak sempat menghadiri solat jenazah kerana masalah yang tidak dapat dielakkan.

Ulama seperti Imam Hanafi, Shafie, Hanbali dan al-auza’ie membenarka­n golongan yang terlewat menunaikan solat jenazah di atas perkuburan selagi ia menepati beberapa syarat iaitu pengebumia­n masih baru.

Menurut Imam Ahmad, pengebumia­n mesti tidak melebihi satu bulan. Jika melebihi daripada jangka masa itu hukum solat di atas perkuburan adalah haram.

Perbuatan itu selamat daripada fitnah, tiada sebarang jenis perkara khurafat dan tidak bertujuan menyembah kubur atau mengagungk­an si mati hingga membawa kepada perbuatan syirik.

Kaedah solat itu seperti solat jenazah yang makruf iaitu empat takbir satu salam tanpa rukuk dan sujud.

Solat tidak wajib terhadap mereka hilang akal termasuk yang diuji dengan penyakit nyanyuk kerana mereka sudah tidak lagi termasuk dalam golongan mukalaf yang diwajibkan solat. Selepas kewajipan itu akan kembali mereka sedar daripada nyanyuk yang kronik”

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Fahami makna bacaan bantu kusyuk ketika solat.
[FOTO HIASAN] Fahami makna bacaan bantu kusyuk ketika solat.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia