Berita Harian

BERKUATKUA­SA HARI INI

Kerajaan umum pelbagai penambahba­ikan bantu tangani kos sara hidup

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim luqman.arif@bh.com.my luqman.arif@bh.com.my

Insentif, penambahba­ikan babitkan kebajikan rakyat, pekerja, penjawat awam yang dilaksanak­an bermula Januari 2018

Pada tahun 2017, kerajaan mengumumka­n pelbagai insentif dan penambahba­ikan dalam pelbagai aspek kehidupan rakyat yang berkuat kuasa bermula hari ini.

Antara aspek tumpuan ialah kebajikan rakyat termasuk kanak-kanak, faedah kepada pekerja, tambah baik manfaat penjawat awam, meringanka­n kos sara hidup dan mempermuda­hkan urusan dengan agensi awam.

Selain pelaksanaa­n baharu, sebahagian­nya adalah kesinambun­gan insentif terdahulu yang ditambah baik atau dilakukan penjajaran semula bagi faedah golongan sasaran.

Berikut adalah antara butirannya.

Kebajikan

Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) dengan peruntukan RM200 untuk setiap bayi yang lahir dari 2018 hingga 2022.

Skim insurans berkelompo­k untuk 265,000 ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) di seluruh negara

Peningkata­n kadar pencen terendah kepada RM1,000 sebulan membabitka­n lebih 50,000 pesara awam, dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmat­an

Kemudahan perubatan untuk ibu dan bapa kepada pesara kerajaan.

Kos sara hidup

Pemansuhan kutipan tol di Batu Tiga, Shah Alam; Sungai Rasau, Klang; Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Eastern Dispersal Link, Johor.

GST berkadar sifar terhadap bahan bacaan, diseragam dan diperluask­an meliputi semua jenis majalah, komik, jurnal dan terbitan berkala.

Geran RM5,000 untuk membeli kereta baharu bagi pemandu teksi yang ingin beralih ke perkhidmat­an berteraska­n e-panggilan.

Pengecuali­an GST bagi perkhidmat­an pengurusan dan penyelengg­araan bangunan kediaman berstrata kendalian Badan Pengurusan Bersama dan perbadanan pengurusan diperluask­an meliputi perkhidmat­an pengurusan dan penyelengg­araan yang dibekalkan pemaju perumahan.

Kebajikan pekerja

Kadar caruman KWSP pekerja dikembalik­an kepada 11 peratus bagi pekerja bawah usia 60 tahun, manakala pekerja berusia 60 tahun ke atas adalah 5.5 peratus.

Skim baharu KWSP, iaitu pilihan untuk melantik Amanah Raya Berhad (ARB) sebagai penama/pentadbir atau pemegang amanah; penambahba­ikan pilihan pembayaran pengeluara­n umur 55 tahun dan 60 tahun; dasar pengeluara­n fleksibel sehingga umur 100 tahun dan melanjutka­n khairat kematian dari 55 tahun ke 60 tahun.

Peningkata­n caruman kepada 15 peratus tertakluk kepada maksimum RM250 setahun menerusi Skim Persaraan 1Malaysia, KWSP.

Pengenalan Skim Insurans Pekerjaan mencakupi 430,000 majikan dan 6.6 juta pekerja sektor swasta.

Faedah penjawat awam

Kenaikan pangkat ‘time-based’ kali kedua bagi kumpulan pelaksana untuk tempoh 13 tahun, selepas kenaikan kali pertama.

Kenaikan kadar cuti rehat khas bagi Pegawai Perkhidmat­an Pendidikan daripada tujuh hari kepada 10 hari setahun.

Penambahan waktu kerja berperingk­at, iaitu bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.

Pakar Perubatan Gred UD54 dan ke atas, yang diwartakan sekurang-kurangnya 4 tahun, serta memenuhi syarat tertentu diberi kelonggara­n satu hari seminggu untuk melaksanak­an waktu kerja fleksibel.

Peningkata­n kelayakan cuti bersalin daripada 300 hari kepada 360 hari sepanjang perkhidmat­an, tertakluk kepada maksimum 90 hari setahun.

Penjawat awam wanita yang mengandung lima bulan ke atas, dibenarkan pulang lebih awal sejam.

Penjawat awam yang isterinya mengandung lima bulan ke atas dibenarkan pulang lebih awal sejam, dengan syarat kedua-dua pasangan bekerja di lokasi yang berdekatan.

Cuti tanpa rekod selama tujuh hari sepanjang tempoh perkhidmat­an bagi menunaikan umrah.

Pembiayaan perumahan bersama daripada LPPSA, antara suami isteri atau anak-anak, dengan syarat semua pemohon adalah anggota perkhidmat­an awam.

Penjawat awam yang dibersarak­an atas sebab kesihatan, menerima faedah persaraan seolaholah pegawai berkhidmat sehingga umur persaraan wajib.

Gantian Cuti Rehat melebihi 150 hari digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan.

Peraturan

Pemasangan filem penghadang haba pada cermin kenderaan perlu mengikut piawaian Standard Malaysia 2669 (MS2669).

Pengambila­n pembantu rumah asing secara langsung daripada sembilan negara sumber, tanpa melalui ejen yang boleh dilakukan dalam tempoh lapan hari menerusi Sistem Maid Online (SMO).

Permohonan visa pembantu rumah oleh majikan daripada Jabatan Imigresen secara dalam talian dengan bayaran levi dan bayaran pemprosesa­n seperti kadar sedia ada.

 ??  ?? Pemansuhan kutipan tol Plaza Tol Batu Tiga, Shah Alam; Sungai Rasau, Klang; Kedah dan Eastern Dispersal Link, Johor mampu menjimatka­n perbelanja­an rakyat. Bukit Kayu Hitam,
Pemansuhan kutipan tol Plaza Tol Batu Tiga, Shah Alam; Sungai Rasau, Klang; Kedah dan Eastern Dispersal Link, Johor mampu menjimatka­n perbelanja­an rakyat. Bukit Kayu Hitam,
 ??  ?? Kadar caruman KWSP pekerja dikembalik­an kepada 11 peratus bagi pekerja bawah usia 60 tahun, manakala pekerja berusia 60 tahun ke atas adalah 5.5 peratus.
Kadar caruman KWSP pekerja dikembalik­an kepada 11 peratus bagi pekerja bawah usia 60 tahun, manakala pekerja berusia 60 tahun ke atas adalah 5.5 peratus.
 ??  ?? Penjawat awam juga tidak terkecuali mendapat manfaat daripada insentif yang akan dilaksanak­an kerajaan.
Penjawat awam juga tidak terkecuali mendapat manfaat daripada insentif yang akan dilaksanak­an kerajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia