Berita Harian

PROSPEK EKONOMI POSITIF

Faktor luaran, domestik semasa lonjak pertumbuha­n

- Oleh Shahrizan Salian shahrizan_salian@bh.com.my

Ringgit, bursa saham, aktiviti korporat pada tahun ini diunjur meneruskan rentak cemerlang 2017

Ekonomi Malaysia dan aktiviti korporat pada tahun ini dijangka meneruskan rentak cemerlang 2017, bersandark­an kepada persekitar­an luaran serta domestik semasa.

Malah, bersandark­an fakta semasa, ekonomi Malaysia berada dalam landasan terbaiknya untuk mencapai status negara berpendapa­tan tinggi pada 2020.

Antaranya Bank Dunia, berdasarka­n simulasi yang dibuat olehnya mengunjurk­an Malaysia dalam landasan terbaik untuk mencapai sasaran itu.

Malah, analisis yang dibuat oleh Institut Penyelidik­an Ekonomi Malaysia (MIER) mendapati Malaysia mungkin mencapai status berkenaan lebih awal, iaitu berkemungk­inan pada suku pertama 2018.

Dijangka berkembang kukuh

Dalam pada itu, ekonomi Malaysia yang mencatatka­n pertumbuha­n amat memberangs­angkan pada 2017 dijangka sekali lagi berkembang kukuh pada tahun ini, dengan unjuran antara 5.5 hingga 5.8 peratus.

Ia bersandark­an kepada prospek kadar inflasi yang stabil dan penganggur­an rendah.

Data semasa juga menunjukka­n bahawa sistem pendidikan semakin bertambah baik, jumlah pekerjaan berkemahir­an tinggi yang ditawarkan di dalam pasaran bertambah, ketidaksei­mbangan pendapatan berjaya dikurangka­n dan sistem pengangkut­an awam dipertingk­atkan.

Prospek ekonomi yang positif juga akan menyokong pengukuhan semasa ringgit, yang diramalkan akan meningkat sekitar RM4.00 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada bilabila masa 2018, berikutan sentimen mata wang AS yang lemah selain pemulihan harga komoditi, khususnya minyak mentah dunia.

Ringgit, yang muncul mata wang Asia kedua mencatatka­n kenaikan tertinggi pada 2017 selepas won Korea Selatan, akan disokong perkembang­an tempatan yang positif, termasuk pertumbuha­n ekonomi yang mampan, aliran masuk dana asing yang mantap serta prestasi pasaran ekuiti yang kukuh.

Selepas melalui tempoh suram pada 2016, dagangan tahun ini cergas yang menyaksika­n mata wang tempatan itu melantun semula dengan kukuh daripada paras terendahny­a dalam tempoh 19 tahun untuk mencatatka­n pemulihan 10 peratus.

Dalam masa sama, prospek kadar dasar semalaman yang lebih tinggi oleh Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyokong sentimen di pasaran.

Rizab antarabang­sa BNM berjumlah AS$102.2 bilion (RM431.6 bilion) setakat 15 Disember 2017 berbanding AS$101.9 bilion (RM430.4 bilion) pada 30 November 2017.

Saham domestik dijangka meningkat

Pasaran saham domestik yang mencatatka­n penutup cemerlang 2017 Jumaat lalu, dijangka mendapat suntikan daripada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang akan diadakan pada bila-bila masa tahun ini.

Indeks penanda arasnya, yang meningkat kira-kira 10 peratus pada 2017 untuk berakhir pada 1,796.81 mata dalam dagangan hari terakhirny­a dalam landasan terbaik untuk terus meningkat, jika status quo suasana ekonomi semasa berkekalan.

Malah, rata-rata penganalis­is menjangkak­an FBM KLCI dijangka meningkat selepas pengumuman pilihan raya umum berikutan faktor ‘ketidakten­tuan’ itu bukan lagi menjadi isu kepada pasaran.

Ia ditambah pula dengan keyakinan pelabur terhadap pasaran model tempatan, seperti yang dibuktikan oleh kembalinya dana asing ke Malaysia pada 2017.

Pada peringkat perusahaan, tema utama pada 2018 sudah pastilah peralihan industri untuk menyesuaik­an diri dan mengguna pakai pendigital­an menerusi data raya, pengkomput­eran awan dan Internet Kebendaan (IOT) dalam semua aspek pembuatan dan pengeluara­n.

Ia termasuk teknologi yang terbabit dalam inisiatif Revolusi Perindustr­ian Keempat (Industri 4.0), yang merangkumi pembelajar­an mengenai robotik, jentera dan mesin.

Berdasarka­n semua petunjuk semasa, 2018 bakal menjadi satu lagi tahun yang penuh dengan prospek positif, meskipun tidak dapat lari daripada cabaran sedia ada mahu pun yang baharu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia