Berita Harian

MAHFUZ KELUAR PAS

-

Ahli Parlimen Pokok Sena mengaku terima jemputan sertai parti lain, termasuk DAP

Alor Setar: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, semalam mengumumka­n keluar daripada PAS.

Mengumumka­n pendiriann­ya pada satu sidang media di sini, bekas Naib Presiden PAS itu memberi alasan kegagalann­ya menjadi penghubung di antara gabungan pembangkan­g dan PAS sebagai punca beliau mengambil keputusan itu.

Mahfuz yang menyertai PAS sejak 34 tahun lalu mengumumka­n keluar daripada parti itu pada 11.59 malam tadi dengan surat pemberhent­ian keahlian dihantar kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, melalui e-mel.

Selain Mahfuz, turut mengambil tindakan sama ialah isteri beliau, Datin Ruswati Jaafar, 58, dan anak mereka, Siti Nur Syahidah, 30. Seorang lagi anak beliau, Muhammad Mujaheed, 35, sudah keluar PAS setahun lalu.

Mahfuz berkata, misi pertamanya ingin menjadi penghubung di antara PAS dan gabungan PKR, DAP, Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), sudah berlalu kerana PAS tidak bersedia bergerak bersama pakatan berkenaan.

Dakwa PAS tiada komitmen

Beliau mendakwa PAS tidak mempunyai komitmen memperjuan­gkan rakyat, terutama membabitka­n Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) yang dijadikan alat kepentinga­n politik.

“Saya rasa dipermaink­an, begitu juga dengan tindakan PAS yang mengambil pendekatan berkecuali dalam Bajet 2018, selain hanya menyasarka­n kemenangan 40 kerusi, sekali gus menunjukka­n PAS tak bersedia ambil alih kerajaan,” katanya.

Mahfuz juga mengakui sedih dengan hala tuju PAS kini, sedangkan dahulu beliau bersama PAS atas asas dibina bekas Presidenny­a, Allahyarha­m Datuk Fadzil Noor.

Mengenai dakwaan beliau akan menyertai PPBM dan akan dilantik ketua bahagian parti itu di Pokok Sena, Mahfuz menafikann­ya kerana mahu melalui tempoh bertenang sehingga sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia