Berita Harian

Negara raih banyak pencapaian 2017: PM

Pertumbuha­n ekonomi melangkaui jangkaan, dasar berhemat kerajaan dipuji

- Oleh Mohd Nasaruddin Parzi dan Luqman Arif Abdul Karim bhnews@bh.com.my

Datuk Seri Najib Razak berkongsi kisah kejayaan ekonomi dan pelaburan Malaysia sepanjang 2017 dengan menyifatka­nnya sebagai tahun yang membawa banyak pencapaian.

Perdana Menteri berkata, seperti dilaporkan oleh Bank Dunia, ekonomi Malaysia berkembang daripada kedudukan yang kukuh.

“Ekonomi negara melangkaui segala jangkaan tahun ini dengan Bank Dunia menyemak semula unjurannya bagi pertumbuha­n kita dengan menaikkann­ya bukan sekali, bukan dua kali, tetapi tiga kali, iaitu ke paras 5.8 peratus,” katanya dalam Perutusan Tahun Baharu 2018, semalam.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, Bank Dunia, Tabung Mata Wang Antarabang­sa (IMF) serta banyak institusi global yang dihormati memuji pengurusan ekonomi berhemat oleh kerajaan, selain mengakui daya tahan dan daya saing ekonomi diperkukuh.

Beliau berkata pada 2017, Malaysia menerima pelaburan berjumlah AS$7 bilion (RM31 bilion) dari Saudi Aramco untuk melabur di Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Johor serta RM1 bilion lagi dari HSBC bagi membina ibu pejabat serantau baharu di Tun Razak Exchange.

Kejayaan kerajaan

“Kenapa? Seperti yang dinyatakan oleh pengasas Alibaba, Jack Ma, beliau memilih Malaysia untuk melancarka­n Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ) pertama di luar China pada 2017 kerana persekitar­an cekap dan mesra perniagaan yang diwujudkan kerajaan,” katanya.

Malah, kata beliau, kejayaan kerajaan melaksanak­an projek pengangkut­an awam bertaraf dunia, Transit Aliran Massa (MRT) menunjukka­n Malaysia mempunyai keupayaan mengendali­kan projek berskala besar pada masa hadapan, seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang membawa begitu banyak manfaat kepada penduduk di Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Dalam pada itu, beliau menyedari di sebalik kemajuan dikecapi negara, masih ada rakyat yang masih menghadapi cabaran dan kesusahan.

Rakyat nikmati kemajuan negara

“Inilah sebabnya dalam bajet barubaru ini, saya mengumumka­n penguranga­n cukai, peruntukan untuk petani, nelayan, pekebun kecil dan penoreh getah, diskaun pembiayaan pengajian buat pelajar, waktu kerja lebih mudah bagi wanita mengandung dalam perkhidmat­an awam, dan banyak lagi langkah untuk membantu meringanka­n beban rakyat dan memudahkan penyertaan penuh mereka ke dalam masyarakat.

“Saya ingin semua mendapat nikmat dari kemajuan negara yang sedang kita bina, dan supaya tiada seorang pun rakyat Malaysia ketinggala­n,” katanya.

Ekonomi negara melangkaui segala jangkaan tahun ini dengan Bank Dunia menyemak semula unjurannya bagi pertumbuha­n kita dengan menaikkann­ya bukan sekali, bukan dua kali, tetapi tiga kali, iaitu ke paras 5.8 peratus” Najib Razak, Perdana Menteri

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Projek pengangkut­an awam MRT bukti Malaysia mempunyai keupayaan mengendali­kan projek berskala besar.
[FOTO HIASAN] Projek pengangkut­an awam MRT bukti Malaysia mempunyai keupayaan mengendali­kan projek berskala besar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia