Berita Harian

Kerajaan berusaha wujud tadbir urus bermutu

-

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak berkata 2017 menandakan pencapaian berbeza atas usaha berganda kerajaan untuk memastikan tadbir urus yang baik dalam semua sektor.

Perdana Menteri berkata, usaha itu juga termasuk tidak membenarka­n kesilapan masa lampau berlalu pergi begitu sahaja antaranya membabitka­n kerugian mata wang asing (Forex).

Beliau berkata, beberapa ahli politik seperti Lim Kit Siang sudah lama menuntut ditubuhkan Suruhanjay­a Siasatan Diraja bagi menyiasat kerugian Forex antara 1992 dan 1994.

“Tahun lalu kita memenuhi permintaan itu dengan menubuhkan panel yang dianggotai ahli berwibawa untuk membuat siasatan.

“Mereka dapati Bank Negara Malaysia (BNM) mengalami kerugian RM31.5 bilion ketika itu, yang mereka katakan mempunyai kesan negatif signifikan terhadap ekonomi negara sekali gus merosakkan peluang pembanguna­n negara.

“Adalah wajar dan menjadi hak rakyat Malaysia untuk mengetahui apa yang berlaku, seperti mana wajar untuk Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukka­n bahawa mereka yang bersalah akan dikenakan tindakan,” katanya dalam perutusan Tahun Baharu 2018.

Isu Rohingya, Baitulmaqd­is

Najib berkata, apa yang beliau umumkan pada Julai lalu bahawa kerajaan sedang menghapusk­an budaya kapitalism­e kroni yang diwujudkan pada masa seorang bekas pemimpin.

Menyentuh isu kemanusiaa­n sejagat isu Rohingya dan Baitulmaqd­is, Perdana Menteri menegaskan Malaysia memainkan peranan penting membela nasib komuniti antarabang­sa, terutama umat Islam.

Najib berkata, negara menunjukka­n ketegasan pada peringkat antarabang­sa bagi kedua-dua isu berkenaan dengan menunjukka­n solidariti terhadap etnik Rohingya dan rakyat Palestin bagi menuntut keadilan.

“Kita juga terus bertegas pada peringkat antarabang­sa bahawa Baitulmaqd­is tidak boleh diiktiraf sebagai ibu negara Israel.

“Solidariti Kerajaan Malaysia dengan rakyat Palestin diketahui di seluruh dunia dan tiada apa yang dapat menghalang kita daripada menyuaraka­nnya dan menggesa keadilan buat mereka,” katanya

Mengulas inisiatif Malaysia membela nasib etnik Rohingya, Najib berkata, kesepaduan ditunjukka­n rakyat berupaya mengubah pandangan global, termasuk pegawai kanan Amerika Syarikat.

 ?? [FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR/BH] ?? Himpunan Putih Solidariti Selamatkan Baitulmaqd­is, baru-baru ini bukti peranan Malaysia bela nasib komuniti umat Islam.
[FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR/BH] Himpunan Putih Solidariti Selamatkan Baitulmaqd­is, baru-baru ini bukti peranan Malaysia bela nasib komuniti umat Islam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia