Berita Harian

Henti kutipan 4 plaza tol bukti Kerajaan Pusat prihatin

Kos sara hidup rakyat kawasan terbabit mampu dikurangka­n

- Oleh Mohd Azrone Sarabatin

Kutipan tol di empat Plaza Tol, iaitu dua di Selangor dan masing-masing sebuah di Kedah dan Johor, dimansuhka­n berkuat kuasa jam 12 tengah malam tadi.

Kementeria­n Kerja Raya dalam satu kenyataan semalam, memaklumka­n Plaza Tol berkenaan adalah Batu Tiga dan Sungai Rasau di Shah Alam; Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur Johor (EDL), Johor Bahru.

Pemansuhan kutipan tol berkenaan selaras pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan ketika membentang­kan Bajet 2018 pada 27 Oktober lalu.

Laluan tanpa tol

Mengikut kenyataan itu, pemansuhan kutipan tol adalah bukti keprihatin­an kerajaan dalam mengurangk­an kos sara diri dan meningkatk­an kualiti hidup rakyat khususnya di Selangor, Kedah dan Johor.

Pemansuhan kutipan tol di Plaza Tol Batu Tiga, Sungai Rasau dan Bukit Kayu Hitam membolehka­n pengguna menikmati laluan tanpa tol 20 tahun lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan dalam Perjanjian Konsesi Lebuhraya Utara-selatan (PLUS).

Bagi Lebuhraya EDL pula, pengguna di Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru hanya perlu membayar kutipan tol bagi PLUS untuk jajaran Tambak Johor saja.

Pengguna dinasihatk­an supaya mematuhi pengurusan kawalan trafik dan papan tanda yang disediakan ketika melalui semua plaza tol berkenaan bagi memastikan perjalanan yang lancar dan selamat.

Dalam pada itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, menerusi akaun Twitter rasminya @Petrajayam­p berkata, pemansuhan berkenaan adalah demi kesejahter­aan rakyat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia