Berita Harian

2 lagi UTC akan dibuka di Shah Alam, Pulau Pinang

-

Pasir Gudang: Dua lagi Pusat Transforma­si Bandar (UTC) akan dibuka di Shah Alam, Selangor dan Pulau Pinang, tahun ini.

Pengarah Unit Strategi Nasional, Kementeria­n Kewangan, Datuk Dr Aminuddin Hassim, berkata pembukaan kemudahan itu yang dirancang dalam tempoh enam bulan pertama 2018 membolehka­n pelbagai perkhidmat­an kerajaan dan swasta disediakan kepada rakyat.

Katanya, UTC Selangor akan dibangunka­n di Shah Alam, manakala beberapa tempat di Pulau Pinang sudah dikenal pasti bagi pelaksanaa­n kemudahan berkenaan.

“Pembinaan UTC di negeri memerlukan keluasan sekurang-kurangnya 9,290.3 meter persegi bagi menempatka­n 20 hingga 30 agensi di bawah satu bumbung.

Harap operasi dalam tempoh enam bulan pertama

“Proses pembinaan dijangka mengambil masa antara 10 minggu hingga enam bulan. Sehubungan itu, kita berharap UTC di Selangor dan Pulau Pinang akan dapat disiapkan dan beroperasi dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Prapelanca­ran UTC Pasir Gudang yang disempurna­kan oleh Pegawai Kewangan negeri, A Rahim Nin, di sini semalam.

Aminuddin berkata, sehingga kini, terdapat 21 UTC beroperasi yang secara tidak langsung memenuhi agenda pembanguna­n untuk kesejahter­aan rakyat.

Peruntukan RM23 juta

Sementara itu, A Rahim berkata, UTC Pasir Gudang yang dibuka di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang di sini, membabitka­n perbelanja­an berjumlah RM23 juta.

Beliau berkata, peruntukan itu membabitka­n perbelanja­an bagi menampung kepadatan lebih 420,000 penduduk di Pasir Gudang serta pembanguna­n pesat yang ketara di kawasan itu.

Katanya, UTC Pasir Gudang yang beroperasi mulai semalam, disiapkan dalam tempoh lapan minggu dan dijadual dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 25 Januari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia