Berita Harian

INTEGRITI puji tindakan tegas Kastam

-

Kuala Lumpur: Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) menyifatka­n tindakan tegas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) menggantun­g lesen 20 ejen penghantar­an di seluruh negara bulan depan adalah usaha untuk mengekang ketirisan pendapatan negara.

Presidenny­a, Datuk Dr Anis Yusal Yusof, berkata INTEGRITI akan terus menghulurk­an sokongan padu kepada pengurusan Kastam dan semua pihak bagi mewujudkan persekitar­an berintegri­ti tinggi, yang akan memanfaatk­an setiap rakyat dalam jangka panjang.

“Kita tidak boleh menyerahka­n usaha penghayata­n budaya berintegri­ti kepada Kastam sematamata, sebaliknya semua pihak berkepenti­ngan dalam urusan kastam negara, khususnya ejen penghantar­an ada peranan masing-masing.

“Pada hemat INTEGRITI, Kastam sudah mula mengambil langkah konkrit bagi memupuk budaya berintegri­ti dalam kalangan anggota jabatannya dan meningkatk­an tadbir urus baik,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Gantung lesen ejen

Beliau mengulas laporan media yang memetik Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri T Subromania­m, yang dilaporkan berkata negara kehilangan RM2.5 bilion dalam bentuk cukai dan duti sepanjang tiga tahun lalu.

Kerugian itu sebahagian besarnya adalah kerana pemalsuan dokumen oleh ejen penghantar­an. Sepanjang tahun ini, lebih RM1 bilion tidak dapat dikutip dengan barangan bernilai RM731 juta diseludup masuk ke Malaysia.

Penggantun­gan lesen ejen itu dilaksanak­an berdasarka­n Sistem Mata Demerit Kastam yang diperkenal­kan pada April tahun ini sebagai usaha penghayata­n budaya berintegri­ti kepada semua pihak dan tidak hanya bergantung kepada Kastam semata-mata.

Anis Yusal berkata, INTEGRITI berpandang­an bahawa kehilangan berbilion ringgit pendapatan negara perlu dipandang berat oleh semua pihak.

Perluas MIP

Katanya, di bawah kerjasama INTEGRITI dan Kastam, satu langkah mengguna pakai ujian psikometri­k Profil Integriti Malaysia (MIP) membabitka­n proses pengambila­n pegawai jabatan itu dilaksanak­an.

“Langkah itu akan diperluask­an membabitka­n anggota pelaksana selepas ini. MIP satu instrumen yang digunakan untuk menilai tahap integriti seseorang individu.

“Ia menilai tahap integriti individu dalam dua aspek utama iaitu Kualiti Peribadi dan Pendirian,” katanya.

Kastam adalah antara agensi yang mengikuti latihan penggunaan Modul Integriti Agensi Penguatkua­saan yang diterbitka­n oleh INTEGRITI pada tahun lalu.

Kastam sudah mula mengambil langkah konkrit bagi memupuk budaya berintegri­ti dalam kalangan anggota jabatannya dan meningkatk­an tadbir urus baik” Anis Yusal Yusof, Presiden INTEGRITI

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH 12 Disember 2017.
Keratan akhbar BH 12 Disember 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia