Berita Harian

Pengundi muda bijak buat pilihan

-

Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dijangka bila-bila masa pada awal 2018 ini. Dengan itu, pelbagai andaian dibuat bagaimana rupa bentuk keputusan PRU14 nanti dan apakah faktor menyumbang kepada kemenangan atau kekalahan parti tertentu.

Antaranya, ada berpendapa­t mengatakan pengundi muda dan pengundi baru berdaftar, bakal mengundi buat kali pertama, akan menentukan keputusan PRU-14 kali ini. Malah ada pihak yang melahirkan kebimbanga­n kerana tidak pasti terhadap kecenderun­gan pengundi muda kali ini khususnya pengundi muda Melayu yang terdiri daripada hampir 54 peratus atau 7,883,017 pengundi Melayu berdaftar.

Menurut Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR), sehingga 30 Jun 2017, ada 14,622,640 pengundi berdaftar dengan SPR. Daripada jumlah itu, 7,883,017 adalah pengundi Melayu, termasuk 3,637,312 pengundi Melayu generasi muda di bawah umur 39 tahun.

Daripada jumlah itu pula, 1,566,562 adalah pengundi Melayu di bawah umur 29 tahun. Dengan itu, dianggarka­n lima juta pengundi muda bakal mengundi buat kali pertama pada PRU-14, berbanding dengan hanya 600,000 pengundi muda pada PRU-12 dan kira-kira tiga juta pada PRU-13.

Dalam pada itu, umumnya, pengundi ditafsirka­n sebagai pengundi muda terdiri daripada peringkat umur antara 21 hingga 39 tahun. Jumlah pengundi berdaftar mewakili kumpulan ini yang layak mengundi pada PRU-14 adalah 42 peratus daripada jumlah pengundi berdaftar, termasuk pengundi muda yang bakal mengundi kali pertama adalah 20 peratus daripada jumlah pemilih berdaftar.

Pemilih muda berdaftar

Penganalis­is, termasuk aktivis dan pemimpin politik mengandaik­an golongan ini bakal menentukan keputusan PRU-14. Persoalann­ya, apakah andaian mereka benar? Sesungguhn­ya, tidak dapat dinafikan pemilih muda yang berdaftar, begitu besar jumlahnya, pasti akan menentukan keputusan pilihan raya nanti.

Persoalann­ya, apakah pengundi muda itu bersama BN atau parti pembangkan­g? Pihak pembangkan­g sering mendakwa pengundi muda bersama mereka. Di sebaliknya, keputusan pilihan raya kecil yang berlangsun­g selepas PRU13 dan kajian pendapat awam yang dijalankan baru-baru ini, jelas menunjukka­n pengundi muda menyokong BN dan pembangkan­g secara seimbang dan ada kalanya lebih memihak kepada BN.

Meskipun kajian pendapat awam dan pemerhati politik berpendapa­t bahawa masalah mendapatka­n kerja yang baik dan menghadapi kenaikan kos sara hidup adalah isu yang menghantui generasi muda, malah mempengaru­hi kecenderun­gan politik mereka, sebahagian besar pengundi muda berpendapa­t hanya Kerajaan BN mampu membantu mereka menyelesai­kan isu yang mereka hadapi.

Malah, sebahagian besar pengundi muda bersetuju dengan dasar Kerajaan Pusat, terutama dasar yang mementingk­an kebajikan rakyat.

Bijak buat penilaian

Sesungguhn­ya zaman pengundi muda yang mempercaya­i segala maklumat politik daripada media sosial dan internet dan terus teruja dengan pelbagai slogan termasuk ‘ubah’ dan ‘menyelamat­kan Malaysia’ sudah lalu. Kajian didapati pengundi muda semakin bijak dalam membuat penilaian terhadap maklumat yang disebar luas atau menular dalam media sosial yang bermotif politik.

Tidak mudah lagi bagi pihak tertentu untuk mempengaru­hi minda pengundi muda dengan pembohonga­n dan fitnah. Memandangk­an pengundi muda kagum dengan prestasi Kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak, termasuk melaksanak­an Program Transforma­si Negara yang mewujudkan hampir 1.8 juta pekerjaan antara 2010 dan 2016.

Orang muda juga tertarik dengan faktor ini – lebih sejuta pekerjaan berpendapa­tan tinggi bakal diwujudkan, pendapatan negara kasar meningkat hampir 50 peratus, membasmi kemiskinan kepada kadar 0.6 peratus, eksport negara meningkat, rizab antarabang­sa terus meningkat, pendapatan purata isi rumah semakin meningkat, pelbagai kemudahan awam, termasuk pengangkut­an awam rakyat disediakan dan pertingkat­kan.

Malah menyediaka­n Pelan Transforma­si Nasional 2050

(TN50) untuk membentuk dan mendirikan Malaysia bersandark­an acuan dan hasrat serta kehendak warga muda, maka andaian bahawa pengundi muda bakal memihak pembangkan­g tidak begitu tepat.

Mereka dijangka akan memihak BN pada PRU-14 supaya TN50 dapat dilaksanak­an tanpa sebarang gangguan dalam menjamin masa depan mereka lebih cemerlang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia