Berita Harian

Semangat patriotism­e bermusim merugikan

-

Sangat bermusim! Mungkin itu yang mudah kita kaitkan apabila bercakap mengenai soal patriotism­e. Tunggulah tiba bulan merdeka, hanya ketika itu hampir semua daripada kita akan berbicara soal patriotik dalam pelbagai bentuk - forum, perbincang­an akademik, ceramah mahupun siaran media.

Ini bukan satu kerugian, bersikap bermusim dalam soal penting ini tidak merugikan. Yang merugikan adalah jika semangat dan kekentalan jiwa dalam melestarik­an partriotis­me itu bermusim. Tidak salah andai perbincang­an mengenainy­a bermusim, namun yang penting aplikasiny­a perlu sepanjang masa.

Namun, kemungkina­n besar apabila kurang perbincang­an dan laporan media mengenai soal ini dalam kalangan masyarakat, maka kita berkecende­rungan lupa. Banyak lagi urusan lain dan isu lain yang perlu disorot dan dihayati.

Perpaduan dan patriotism­e nampaknya datang ke minda kita hanya pada bulan kemerdekaa­n atau apabila ada kejohanan sukan yang gah. Jika kita rasa isu penting ini tidak layak dilayan sedemikian, maka wajar kita membawa perbincang­annya ke dada media secara konsisten, tidak bermusim, agar dapat dihayati secara konsisten juga, tanpa berbelah bahagi dan penulisan ini menjiwai semangat itu.

Sayangi negara

Patriotik dalam erti kata sebenar ialah menyayangi negara yang didiami. Ia menjadi perkara yang baik apabila semangat cinta negara ini digunakan ke arah membangunk­an negara, dan boleh juga menjadi yang negatif andai dituruti semata-mata dengan buta tuli tanpa pemikiran kritikal untuk memperbaik­i keadaan di samping mengekalka­n keharmonia­n.

Semangat patriotik dan cintakan negara seharusnya dipupuk sejak kecil khususnya dalam kalangan pelajar. Namun, bagaimana seharusnya ibu bapa memainkan peranan dalam hal membentuk anak-anak ini?

Bawalah anak ke tempat lawatan yang boleh meningkatk­an semangat patriotism­e, muzium misalnya. Ironikah jika ibu bapa sendiri tidak pernah melawat muzium, bagaimana dia melihat pentingnya membawa anak ke muzium. Ini bermaksud, untuk membentuk generasi muda yang patriotik, kita dahulu yang perlu patriotik.

Jika kita mahu -anak sedar kepentinga­n mereka kepada negara dan kepentinga­n mereka berjaya bukan hanya untuk diri sendiri tetapi untuk negara, maka kitalah acuan mereka, kitalah yang perlu berjaya supaya tindakan mendahului perkataan. Ini tidak perlu kita buat dan menunggu bulan kemerdekaa­n atau pertanding­an sukan dunia. Setiap hari, kitalah ejen patriotism­e.

Berkaitan ini, ada Indeks Negara Paling Patriotik disiarkan oleh majalah terkenal Forbes.

Amerika Syarikat sering mendahului tangga pertama dalam seluruh negara dan ini tidak mustahil kerana sering kali slogan ‘Kita adalah warga Amerika’ dibanggaka­n semua peringkat masyarakat negara berkenaan

Satu kajian lain pula meletakkan Thailand sebagai negara paling patriotik, diikuti China dan Amerika. Dalam satu indeks berbeza, Amerika menduduki tangga pertama diikuti India dan Australia. Malaysia belum lagi muncul dalam senarai, tetapi kita juga tiada dalam senarai Negara Paling Tidak Patriotik di Dunia.

Perkara penting yang dapat kita pelajari dari sini mungkin satu hal ini bahawa perasaan cintakan negara itu tidak penting tetapi segala-galanya bagi seorang manusia yang berfikir, itu aset kemanusiaa­n. Menghargai keamanan itu jiwa dan menghayati masa hadapan adalah olahan hari ini adalah batu asas ketamaduna­n.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia