Berita Harian

Campur tangan politik punca mufti ‘kecut’

-

Kuala Lumpur: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, semalam mendakwa mufti pada era pentadbira­n Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri terpaksa bersikap berdiam diri berikutan campur tangan politik dalam isu tertentu.

Keadaan itu berlaku, katanya, kerana tiada pemisahan di antara kuasa legislatif, eksekutif dan kehakiman dalam sistem pemerintah­an demokrasi era pentadbira­n Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu.

Katanya, campur tangan politik dalam pentadbira­n bukan hanya menyebabka­n mufti mengambil sikap berdiam diri yang difikirkan pendekatan lebih sesuai ketika itu, malah berlaku pemecatan hakim selain Ketua Polis Negara tidak boleh bertindak dengan cara yang tepat.

Beliau berkata, keadaan itu juga menyebabka­n mufti berdiam diri dalam isu ‘Amanat Haji Hadi’ yang didakwa menjadi punca tragedi Memali.

“Tun Mahathir pakar perubatan, bukan ahli hukum syarak kerana ia (Amanat Haji Hadi) berkait dengan hukum syarak. Dia tidak boleh memaksa orang yang ahli dalam ilmu hukum syarak untuk memberikan fatwa mengikut kemahuan dia.

Tiada pemisahan kuasa

“Saya rasa mufti ambil sikap yang begitu (berdiam diri) pada zaman itu, zaman yang tidak ada pemisahan kuasa. Sepatutnya dalam sistem pemerintah­an demokrasi, berlaku sistem pemisahan kuasa di antara legislatif, eksekutif dan kehakiman.

“Apa yang berlaku ialah campur tangan politik terhadap pengurusan pentadbira­n. Itu berlaku menyebabka­n hakim kena pecat, Ketua Polis Negara tidak boleh bertindak dengan cara yang tepat, mufti pun hendak dipaksa.

“Daripada mereka (mufti) bercakap, mereka jadi diam ketika itu, itu lebih selamat. Itu suasana pada masa itu,” katanya pada sidang media selepas melancarka­n Kempen Penambahan Ahli PAS, di sini semalam.

Batal debat

Sementara itu, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, berkata Dr Mahathir bertanggun­gjawab membatalka­n debat dalam isu Amanat Haji Hadi pada saat akhir.

“PAS ajak muzakarah, bukan debat, muzakarah berbincang secara ilmu. Malangnya, Tun M tak tahu bahasa Arab, saya tak tahu bahasa Inggeris, susahlah. Sama-sama tak kena ‘line’, jadi dia ajak berdebat.

“Bila sampai masa debat, dia tetapkan tarikh (tetapi batalkan), terpaksa Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu yang tukang isytihar hari raya dan puasa, mengisytih­arkan debat dibatalkan,” katanya.

Beliau turut menempelak tindakan pihak tertentu yang didakwanya tidak meneliti secara penuh ucapannya selama lebih satu jam dalam isu berkenaan.

Apa yang berlaku ialah campur tangan politik terhadap pengurusan pentadbira­n. Itu berlaku menyebabka­n hakim kena pecat, Ketua Polis Negara tidak boleh bertindak dengan cara tepat, mufti pun hendak dipaksa” Hadi Awang, Presiden PAS

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia