Berita Harian

Azmin bidas fitnah ahli agama

-

Kuala Lumpur: Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, membidas pihak yang memfitnah mufti untuk kepentinga­n politik, termasuk merendahre­ndah atau memalukan ahli agama itu.

Beliau yang tidak menamakan mana-mana individu, mengeluark­an kenyataan berkenaan menerusi Twitternya selepas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad, menyalahka­n mufti kerana tidak menegur ‘Amanat Haji Hadi’ yang didakwa menjadi punca tragedi Memali.

Usah aibkan orang lain

“Tidak wajar mana-mana individu mempersend­akan dan memperleke­hkan mufti kerana kepentinga­n politik. Kita boleh berbeza pandangan tapi jangan aibkan orang lain.

“Memfitnah mufti adalah satu tindakan keterlalua­n. Taubat nasuha. Hentikan sandiwara,” kata Azmin yang juga Menteri Besar Selangor dalam Twitternya, malam kelmarin.

Kelmarin, Dr Mahathir ketika ucapan penggulung­an pada Perhimpuna­n Agung Tahunan PPBM dilaporkan berkata, mufti sepatutnya menegur amanat Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang pada 1981.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia