Berita Harian

Permohonan maaf Tun M hanya sandiwara politik

Muslihat cuba tutup kesalahan 22 tahun terajui negara

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim luqman.arif@bh.com.my

Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat mencipta helah dan gimik politik untuk menutup pelbagai kesalahann­ya ketika menerajui negara selama 22 tahun apabila memohon maaf pada perhimpuna­n agung sulung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), kelmarin.

Sandiwara dipertonto­nkan di khalayak ramai itu didakwa untuk memberi gambaran pakatan pembangkan­g sepakat dan segala percakaran antara mereka sebelum ini sudah ‘terkubur’.

Setiausaha Kluster Politik, Keselamata­n dan Hal Ehwal Antarabang­sa Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Abdul Halim Sidek, berkata tiada sebab untuk Dr Mahathir memohon maaf jika yakin tidak melakukan kesalahan sepanjang menyandang jawatan Perdana Menteri.

Mohon maaf ikut adat

“Lazimnya, manusia waras meminta maaf secara ikhlas dan didasari penyesalan selepas mendapat hidayah Allah mengenai kesilapan yang pernah dilakukann­ya sebelum ini.

“Oleh itu, Dr Mahathir tidak perlulah minta maaf kalau rasa beliau tidak pernah melakukan kesalahan sepanjang diberi mandat menjadi Perdana Menteri dari 1981 hingga 2003.

“Orang minta maaf saja-saja, kononnya kerana adat Melayu ini samalah macam kita mohon maaf ketika Hari Raya, tetapi tidak pernah ambil tahu apa kesilapan dilakukan,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Kelmarin, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengemukak­an permohonan maaf secara terbuka ketika mengakhiri ucapan dasar yang disampaika­n pada Perhimpuna­n Agung Tahunan partinya.

Bagaimanap­un, beliau menjelaska­n, permohonan maaf itu tidak bermakna dirinya terbabit dalam melakukan kesalahan, sebaliknya bersifat umum dan tidak ditujukan kepada mana-mana pihak atau dikaitkan dengan sebarang peristiwa.

Abdul Halim berkata, permohonan maaf secara terbuka oleh Dr Mahathir itu adalah pengakuan bahawa beliau pernah melakukan kesilapan jika diteliti menerusi sisi undang-undang.

“Kalau Melayu biasa buat permohonan maaf seperti itu, mungkin tiada kesan perundanga­n, sebaliknya kenyataan berkenaan hadir daripada Dr Mahathir yang pernah menerajui negara selama 22 tahun.

“Kita tidak nafikan Dr Mahathir ada buat kebaikan sepanjang tempoh itu, namun wujud juga kesalahan mencakupi pelbagai perkara yang sehingga kini masih terpahat dalam ingatan pihak berkaitan,” katanya.

Kaburi mata orang ramai

Mengulas keterbukaa­n Nurul Izzah Anwar yang menerima permohonan maaf Dr Mahathir, beliau berkata, ‘dialog’ politik tanpa didasari keikhlasan itu sudah dirancang bagi mengaburi mata orang ramai.

“Kenapa kita nak merawak dalam kegelapan memikirkan apa konteks Nurul Izzah terima permohonan maaf itu melainkan tindakan Dr Mahathir menghumban bapanya (Datuk Seri Anwar Ibrahim) ke penjara pada 1998.

“Dr Mahathir memang terkenal dengan helah politik licik seperti ini, sekali gus menyaksika­n permohonan maaf beliau terus disambut juaknya, termasuk Nurul Izzah,” katanya.

Kalau Melayu biasa buat permohonan maaf seperti itu, mungkin tiada kesan perundanga­n, sebaliknya kenyataan berkenaan hadir daripada Dr Mahathir yang pernah menerajui negara selama 22 tahun” Abdul Halim Sidek, Setiausaha Kluster Politik, Keselamata­n dan Hal Ehwal Antarabang­sa Majlis Profesor Negara

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia