Berita Harian

‘Tindakan tak selari konsep Islam’

-

Kuala Lumpur: Permohonan maaf Tun Dr Mahathir Mohamad kelmarin dibuat mengikut adat Melayu, bukannya secara Islam, malah bukan bermakna beliau mengaku salah atas kesilapan dilakukann­ya sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ketika mengulas tindakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu, berkata memohon maaf adalah satu konsep daie (dakwah) dalam Islam, berbeza dengan permohonan maaf dalam adat Melayu.

“Saya dengar sedikit dalam TV, dia (Dr Mahathir) minta maaf ikut adat Melayu, sedangkan maaf ini bukan adat Melayu, maaf ini adalah satu konsep daie Islam. Kita fahamlah, maaf orang Melayu macam mana.

“Adakah ia selari konsep Islam atau tidak dan saya dengar ada kenyataan lain pula selepas itu, (permohonan maaf dibuat) bukan bermakna mengaku salah, dia hanya minta maaf saja,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarka­n Kempen Penambahan Ahli PAS ‘PAS Pilihanku 2.0’ di Pejabat Agung PAS, di sini semalam.

Ditanya adakah PAS menerima permohonan maaf Dr Mahathir, beliau berkata, PAS tidak pernah berdendam melalui kuasa pemerintah­an ketika diberi peluang mentadbir Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Sekadar alasan

“Ini menandakan kita maaf secara praktikal, bukan hanya sekadar bercakap sahaja,” katanya.

Sementara itu, Bendahari UMNO, Datuk Seri Salleh Said Keruak mendesak Dr Mahathir memperinci­kan permohonan maaf itu yang dilihat sekadar alasan, berbanding permohonan maaf yang sepatutnya disampaika­n secara ikhlas dan ditujukan kepada pihak tertentu.

“(Adakah Mahathir cuba maksudkan kerugian tukaran asing, skandal Maminco (pada 1980an), memenjarak­an Ketua Umum Pembangkan­g, Datuk Seri Anwar Ibrahim, krisis perlembaga­an atau Perwaja?

“Sebaliknya, beliau meminta maaf terhadap semua kesalahan dilakukann­ya sepanjang 22 tahun sebagai Perdana Menteri?” katanya dalam kenyataan di laman blog rasminya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia