Berita Harian

Cetus ketidakten­tuan amalan demokrasi negara

Penganalis­is politik pertikai keupayaan PPBM dapat kerusi majoriti

- Oleh Mohd Nasaruddin Parzi bhnews@bh.com.my

Pemilihan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri jika pembangkan­g menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), boleh mencetuska­n pelbagai kemungkina­n yang menjurus kepada ketidakten­tuan amalan demokrasi di negara ini.

Penganalis­is politik, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, berkata Perdana Menteri dipilih berdasarka­n sokongan Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat, namun persoalann­ya adalah keupayaan parti calon Perdana Menteri itu untuk mendapat kerusi majoriti.

Dalam situasi berkenaan, katanya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) belum lagi terbukti mampu memenangi banyak kerusi untuk mendominas­i pakatannya bersama DAPPKR dan Parti Amanah Negara.

PPBM parti baharu

“Ia (PPBM) parti baharu, masih tidak dapat diukur tahap sokongan yang mereka akan peroleh pada PRU nanti. Walaupun pemilihan Perdana Menteri hanya perlukan persetujua­n semua (wakil rakyat Pakatan Harapan), realitinya ia sukar.

“Bagaimana parti yang mungkin menang sedikit kerusi boleh mencalonka­n wakilnya menjadi Perdana Menteri. Biarpun tak mustahil, tapi nampak sangat pelik,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas cadangan PPBM pada perhimpuna­n agung tahunannya kelmarin yang mahu Dr Mahathir dipilih sebagai Perdana Menteri, biarpun parti itu baru setahun ditubuhkan dan tidak pernah bertanding mana-mana pilihan raya.

Nik Ahmad Kamal yang juga Ketua Kluster Governans, Perundanga­n dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN), berkata satu lagi kebimbanga­n, tuntutan keterlalua­n antara parti dalam Pakatan Harapan terutama parti yang menang banyak kerusi Parlimen.

Katanya, situasi itu akan menjejaska­n tadbir urus sebuah kerajaan memerintah, malah dikhuatiri menimbulka­n kecelaruan serta ketidakten­tuan terhadap pelaksanaa­n dasar yang akan dirangka.

Mengenai sentimen Dr Mahathir melawan Datuk Seri Najib Razak pada PRU akan datang, Nik Ahmad Kamal berkata, walaupun ketokohan individu itu boleh menjadi faktor menarik undi, institusi parti tetap menjadi sandaran utama pemilih dalam membuat keputusan.

Bergantung harap parti lain

Penganalis­is politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamuruga­n Pandian pula berkata, jika PPBM mahu Dr Mahathir dilantik menjadi Perdana Menteri, beliau perlu bertanding PRU dahulu dan mesti menang.

Katanya, dalam kalangan parti pembangkan­g ketika ini, agihan kerusi akan mendatangk­an masalah dan PPBM sebagai parti baharu perlu bergantung harap kepada parti lain untuk berkomprom­i.

Walaupun pemilihan Perdana Menteri hanya perlukan persetujua­n semua (wakil rakyat Pakatan Harapan), realitinya ia sukar” Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, Penganalis­is politik

Dalam kalangan parti pembangkan­g ketika ini, agihan kerusi akan mendatangk­an masalah dan PPBM sebagai parti baharu perlu bergantung harap kepada parti lain untuk berkomprom­i” Sivamuruga­n Pandian, Penganalis­is politik dari Universiti Sains Malaysia

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia