Berita Harian

ADUN Lepar meninggal dunia

Shohaimi hidap kencing manis demam sejak minggu lalu

- Oleh Nik Sukry Ramli

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar, Datuk Mohd Shohaimi Jusoh meninggal dunia di kediamanny­a di Sungai Isap Damai, dekat sini, kira-kira jam 4 pagi semalam.

Mohd Shohaimi meninggalk­an isteri, Datin Rohaizan Yatim dan enam anak berusia 14 hingga 26 tahun.

Anak kedua Allahyarha­m, Mohd Irwan Afendi, 25, ketika ditemui selepas jenazah dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Fajar, Gambang, berkata bapanya demam sejak seminggu lalu selain turut menghidap penyakit kencing manis.

500 tunai solat jenazah

“Kira-kira jam 4 pagi tadi (semalam), mak suruh tengok ayah dalam tandas. Kami kemudian segera hubungi ambulans dan sebaik ambulans tiba, pegawai perubatan memberi bantuan pernafasan, namun ayah disahkan meninggal dunia,” katanya.

Terdahulu, Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob bersama kira-kira 500 jemaah menunaikan solat jenazah Allahyarha­m di Masjid Sultan Ahmad Shah, Sungai Isap.

Solat diketuai Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman.

Pertemuan terakhir

Sementara itu, Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Seri Abdul Manan Ismail, berkata beliau tidak menyangka pemergian Mohd Shohaimi kerana baru bertemu dengan Allahyarha­m pada Khamis lalu.

“Khamis lalu, kami ada program bersama iaitu penyampaia­n bantuan persekolah­an, dia maklumkan kurang sihat.

“Saya cukup terkesan dengan pemergiann­ya kerana beliau memang kuat bekerja dan selalu melawat kawasan bertemu rakyat,” katanya.

Abdul Manan berkata, sebagai sahabat yang mengenali Allahyarha­m sejak 1994, beliau cukup menghormat­i rakan politiknya itu kerana sikapnya yang tegas, selain tidak mempunyai sifat berdendam.

 ?? [FOTO MUHD ASYRAF SAWAL/BH] ?? Orang ramai menghadiri majlis pengebumia­n Mohd Shohaimi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Fajar, Kuantan, semalam.
[FOTO MUHD ASYRAF SAWAL/BH] Orang ramai menghadiri majlis pengebumia­n Mohd Shohaimi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Fajar, Kuantan, semalam.
 ??  ?? Mohd Shohaimi Jusoh
Mohd Shohaimi Jusoh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia