Berita Harian

Najib ucap takziah

-

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar, Datuk Mohd Shohaimi Jusoh yang meninggal dunia semalam.

Perdana Menteri yang menyifatka­n Mohd Shohami sebagai sangat berdedikas­i dalam menjalanka­n tugas, turut mendoakan agar roh Allahyarha­m dicucuri rahmat.

“Semoga roh dicucuri rahmat. Al-fatihah,” katanya menerusi laman Twitter beliau, semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga mengucapka­n takziah menerusi laman Twitter.

“Saya menerima berita pemergian Datuk Mohd Shohaimi Jusoh, ADUN Lepar telah kembali ke rahmatulla­h. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT. Takziah pada seluruh ahli keluarga. Al-fatihah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia