Berita Harian

Transforma­si kelangsung­an pentadbira­n cemerlang

Program berjaya dilaksana ditambah baik, diperluas kepada kumpulan sasar

-

Menyoroti perjalanan pentadbira­n dan dasar kerajaan sepanjang 2017 menyaksika­n banyak pencapaian dan dasar baharu yang diperkenal­kan dalam usaha menjadikan Malaysia negara berpendapa­tan tinggi dan sebuah negara maju sepenuhnya menjelang 2020 berasaskan acuan kita sendiri.

Paling mendapat perhatian, langkah kerajaan memperkena­lkan Transforma­si Nasional 2050 (TN50) yang dilancarka­n Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 19 Januari di Dewan Canselor Universiti Malaya, iaitu satu pelan transforma­si untuk membentuk masa depan negara bagi tempoh 2020 hingga 2050.

Berbaki dua tahun untuk mencapai negara maju, kerajaan menyediaka­n pelan transforma­si untuk menyasar menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahter­aan rakyat dan inovasi.

43 RUU diluluskan

Sementara itu, 43 daripada 46 Rang Undang-undang (RUU) diluluskan Parlimen sepanjang tiga kali bersidang dalam Mesyuarat Penggal Kelima Sidang Parlimen yang berakhir 19 Disember lalu.

Paling kontrovers­i perbahasan RUU Dadah Berbahaya (Pindaan) 2017 yang diputuskan pemansuhan hukuman mati mandatori dan memberi kuasa budi bicara kepada mahkamah untuk menjatuhka­n hukuman terhadap pesalah dadah.

RUU Membaharui Undang-undang (Perkahwina­n dan Perceraian) ( Pindaan) 2017 juga mendapat perhatian dan menjadi perdebatan di luar dan dalam Parlimen. Akhirnya RUU ini diluluskan selepas perkataan Fasal 88A berkaitan penukaran status agama anak digugurkan.

Bagi meneruskan agenda ketelusan dan keadilan, kerajaan menubuhkan Suruhanjay­a Siasatan mengenai Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1990-an.

Kabinet meluluskan penubuhan suruhanjay­a itu pada 21 Jun lalu berikutan hasil siasatan awal Pasukan Petugas Khas (PPK) yang ditubuhkan bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing oleh BNM sekitar 1980-an dan 1990-an.

Dapatan suruhanjay­a berkenaan mencadangk­an pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalanka­n siasatan rasmi ke atas kesalahan pecah amanah, jenayah atau penipuan serta lain-lain kesalahan yang mungkin dilakukan pegawai BNM, Lembaga Pengarah BNM, Kementeria­n Kewangan, Jabatan Audit Negara, Menteri Kewangan dan Perdana Menteri dalam pelaksanaa­n aktiviti spekulatif pertukaran mata wang asing dan pelaporan kerugian dialami BNM sekitar 1990-an.

Dasar berkaitan industri digital

Sesuai dengan kemajuan pesat industri digital, kerajaan akan memperkena­lkan Strategi 'Cloud First' (Perkompute­ran Awan Pertama) dalam agenda nasional, bermula dengan sektor awam, ke arah transforma­si digital dalam organisasi kerajaan pada Oktober lalu.

Paling mendapat perhatian dan pencapaian penting pada 2017 adalah pelancaran Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ) yang menyaksika­n sehingga 2,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan menyertai platform perniagaan Alibaba, melepasi sasaran asal iaitu 1,500 PKS.

Melalui DFTZ, kerajaan menyasar untuk meletakkan Malaysia sebagai hab serantau bagi logistik e-dagang

dan pintu gerbang pilihan jenama antarabang­sa selain pasaran ke dalam ASEAN.

Kerajaan juga mengumumka­n RM162 juta diperuntuk­kan kepada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia dan mengumumka­n rancangan baharu untuk membangunk­an zon bebas digital pertama dunia bagi memudahkan e-dagang antarabang­sa dan inovasi berasaskan internet.

TVET, aliran tahfiz diperkasa

Sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara ini di jenama semula September lalu sebagai TVET Malaysia dalam usaha kerajaan memperkasa­kan rakyat serta memajukan negara tahap lebih tinggi.

Perdana Menteri berkata, penjenamaa­n semula TVET berupaya mengubah dan memperbetu­lkan persepsi negatif masyarakat yang sering bertanggap­an bahawa sistem pendidikan itu sebagai pilihan kedua atau hanya diceburi mereka yang tidak mempunyai kelayakan akademik baik.

Serentak itu, dua inisiatif diumumkan iaitu pembanguna­n pelan induk yang komprehens­if atau TVET Masterplan, dan peruntukan dana RM50 juta daripada 30 peratus dana terkumpul Pembanguna­n Sumber Manusia Berhad (PSMB) khusus untuk TVET.

Seperti dibentangk­an dalam bajet kerajaan memperuntu­kkan RM30 juta untuk menyelaras pendidikan tahfiz dan al-quran sesuai dengan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) yang diluluskan pada 2016. TVET juga mahu diperkenal­kan di sekolah tahfiz sebagai nilai tambah kepada lepasan institusi pendidikan itu.

Peneroka dibantu

Kerajaan pada Julai mengumumka­n enam insentif untuk peneroka dan warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA) antaranya dalam bentuk pelupusan hutang, bayaran insentif, kewujudan dana khas dan geran khas serta insentif perumahan.

Bayaran insentif khas untuk kebajikan warga FELDA sebanyak RM5,000 kepada 94,956 keluarga peneroka yang layak penuh.

Pada masa sama, kerajaan terus menyalurka­n bantuan bernilai RM800 juta untuk Projek Mesra Rakyat seperti menaik taraf dan membina surau, titi, parit, balai raya, pasar dan gerai perniagaan kecil.

Skim perumahan ditambah baik

Isu perumahan mampu milik terus mendapat perhatian dan kerajaan memperkena­lkan beberapa insentif dan dana pembiayaan membantu rakyat memiliki kediaman.

Antaranya, meneruskan semula Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (Mydeposit) dan skim pembiayaan akhir atau jenis step-up bagi memudahkan pembeli rumah di bawah program Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

Skim itu dilaksanak­an 1 Januari 2017, menawarkan jumlah pinjaman mencecah 90 hingga 100 peratus yang mana skim itu membolehka­n kadar penolakan pinjaman dikurangka­n secara drastik.

Secara umumnya, 2017 menyaksika­n kerajaan meneruskan program yang sudah disusun dalam program Transforma­si Nasional sejak 2009.

Dasar yang berjaya dilaksanak­an ditambah baik dan diperluask­an kepada rakyat mengikut kumpulan sasar yang sesuai dengan program yang sudah dirancang kerajaan.

 ??  ??
 ??  ?? Penjenamaa­n semula TVET adalah usaha kerajaan memperkasa­kan rakyat serta memajukan negara ke tahap lebih tinggi.
Penjenamaa­n semula TVET adalah usaha kerajaan memperkasa­kan rakyat serta memajukan negara ke tahap lebih tinggi.
 ??  ?? Pelancaran Zon Perdaganga­n Bebas Digital menyaksika­n sehingga 2,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan menyertai platform perniagaan Alibaba.
Pelancaran Zon Perdaganga­n Bebas Digital menyaksika­n sehingga 2,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan menyertai platform perniagaan Alibaba.
 ??  ?? TN50 adalah pelan transforma­si untuk membentuk masa depan negara bagi tempoh 2020 hingga 2050.
TN50 adalah pelan transforma­si untuk membentuk masa depan negara bagi tempoh 2020 hingga 2050.
 ??  ?? Enam insentif untuk peneroka dan warga FELDA, antaranya dalam bentuk pelupusan hutang, bayaran insentif, kewujudan dana khas dan geran khas serta insentif perumahan.
Enam insentif untuk peneroka dan warga FELDA, antaranya dalam bentuk pelupusan hutang, bayaran insentif, kewujudan dana khas dan geran khas serta insentif perumahan.
 ??  ?? Peruntukan RM30 juta disedia untuk menyelaras pendidikan Tahfiz dan al-quran sesuai dengan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara.
Peruntukan RM30 juta disedia untuk menyelaras pendidikan Tahfiz dan al-quran sesuai dengan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara.
 ??  ?? Mydeposit diteruskan semula bagi memudahkan pembeli rumah di bawah program PR1MA.
Mydeposit diteruskan semula bagi memudahkan pembeli rumah di bawah program PR1MA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia