Berita Harian

Nilai pembiayaan Agrobank cecah RM9.5 bilion

-

Agrobank, bank yang dimandatka­n untuk memperkasa industri pertanian negara merekodkan pertumbuha­n memberangs­angkan bagi tahun ini dengan nilai pembiayaan keseluruha­n kira-kira RM9.5 billion, iaitu mewakili pertumbuha­n sebanyak 8.4 peratus, setakat November lalu.

Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Masaat Awadz, berkata peningkata­n pembiayaan pertanian adalah seiring dengan pertumbuha­n pasaran dan permintaan untuk pengeluara­n pertanian dan industri asas tani.

Selain itu, katanya, Agrobank juga kekal menerajui pembiayaan untuk sektor agromakana­n dengan pertumbuha­n sehingga 12.9 peratus, membabitka­n nilai keseluruha­n RM3.5 billion berbanding RM3.1 billi- on pada tahun lalu.

“Peningkata­n memberangs­angkan ini seiring dengan komitmen Agrobank yang sentiasa proaktif dalam menyediaka­n perkhidmat­an kewangan yang relevan dan bersesuaia­n dengan keperluan pelanggan terutama komuniti agro yang ratarata adalah berasaskan makanan.

“Dalam apa juga keadaan ekonomi, akan terus ada permintaan untuk makanan dan prospek untuk pertanian dan agromakana­n akan terus meningkat,” katanya dalam satu kenyataan.

Masaat berkata, fokus Agrobank kepada industri agromakana­n negara adalah seiring dengan hasrat dan sasaran kerajaan yang telah termaktub dalam Dasar Agromakana­n Negara 2011-2020 iaitu memastikan bekalan makanan negara terjamin dan membantu perkembang­an perniagaan pertanian.

Pembiayaan komprehens­if

“Sebagai sebuah bank yang lebih memahami sektor pertanian, Agrobank menawarkan pembiayaan komprehens­if yang meliputi aktiviti pertanian dari sektor huluan dan hiliran yang meliputi pelbagai jenis perniagaan berasaskan pertanian.

“Selain itu, Agrobank sentiasa mendukung hasrat kerajaan untuk mengurangk­an kadar kebergantu­ngan negara terhadap makanan import. Setakat ini, rekod positif yang ditunjukka­n untuk segmen agromakana­n memberikan keyakinan kepada kami untuk terus memberikan penekanan kepada segmen ini.

“Untuk makluman, agromaka- nan menyumbang sebanyak RM36.5 bilion atau tiga peratus kepada Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK) negara,” katanya.

Bagi memenuhi keperluan bisnes agro yang meningkat, Agrobank memperkena­lkan pusat pembiayaan khusus untuk kawasan wilayah agro yang strategik.

Pada 2017, Pusat Pembiayaan Korporat di Kuching dirasmikan Julai lalu, manakala Pusat Pembiayaan Komersil di Hutan Melintang dirasmikan pada November.

Masaat berkata, konsep pusat pembiayaan khusus itu diperkenal­kan Agrobank untuk mewujudkan pusat yang memberi pengkhusus­an pembiayaan kepada dua jenis pembiayaan iaitu komersial dan korporat.

Katanya, bagi pembiayaan komer- sial, Agrobank menawarkan pembiayaan bernilai RM51,000 hingga RM10 juta, manakala untuk pembiayaan korporat menawarkan pembiayaan bernilai lebih RM10 juta.

“Pusat ini diperkenal­kan di kawasan yang mempunyai impak agro yang tinggi dan khusus untuk memberi khidmat nasihat untuk pembiayaan berskala sederhana dan besar,” katanya.

Mengulas prospek masa depan, beliau menjelaska­n Agrobank yakin prospek dalam bidang pertanian dan industri 2018 akan kekal optimis berdasarka­n permintaan dan potensi pasaran.

“Dalam pembentang­an Bajet 2018 pada Oktober lalu, Perdana Menteri mengumumka­n bajet terbesar dalam sejarah untuk industri pertanian, iaitu sebanyak RM6.5 billion.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia