Berita Harian

Huawei Malaysia jual 6,000 telefon sehari

Persepsi mutu produk China berjaya diubah

- Oleh Faris Fuad

Syarikat gergasi elektronik, Huawei Malaysia menjual lebih 6,000 unit telefon pintarnya sehari, termasuk edisi baharu seperti Nova 2i dan Mate 10, yang disifatkan sebagai ‘barang panas’ ketika ini.

Timbalan Pengarah Huawei Malaysia, Matthew Ng, berkata ini satu perubahan positif yang drastik jika dibandingk­an dengan jualan telefon pintarnya pada 2015, yang hanya mencecah 500 hingga 600 unit dalam tempoh sama.

“Peningkata­n jualan menunjukka­n rakyat Malaysia sudah menyedari Huawei adalah satu jenama yang berkualiti. Persepsi tidak mahu beli barang (Huawei) dari China berjaya diubah.

“Kita mahu jenama Huawei terus kekal relevan dalam pasaran, tidak mahu hanya dikenali dan terkenal dalam tempoh satu atau dua tahun sahaja.

“Walaupun seseorang tidak memiliki telefon pintar jenama Huawei, mereka secara tidak langsung sebenarnya adalah pengguna Huawei kerana kebanyakan rangkaian telefon dikendali dan dibentuk oleh Huawei.

“Secara faktanya rangkaian 3G dan 4G, saham masingmasi­ng dipegang Huawei sebanyak 75 peratus dan 50 peratus,” katanya ketika ditemui BH di kedai jualan Huawei di pusat belibelah terkemuka di ibu negara, barubaru ini.

Insiatif CSR

Mengenai inisiatif tanggungja­wab sosial korporat (CSR) Huawei Malaysia sempena Krismas lalu, Ng berkata, pihaknya ‘menurunkan’ salji tiruan selama setengah jam bermula jam 8 malam Isnin lalu, di pintu masuk utama pusat belibelah, Pavillion.

Biarpun menggunaka­n salji tiruan, katanya, acara itu memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai kegembiraa­n serta keterujaan bermain salji ala kisah dongeng Snow White.

“Kita juga ‘tabur’ salji tiruan di Pyramid Ice, Sunway Pyramid serta Sunway Carnival, Seberang Jaya, Pulau Pinang.

“Pada masa sama, promosi Krismas bulan ini akan dilanjutka­n hingga bulan ini. Kita menawarkan beberapa hadiah percuma seperti kayu selfie dan pengecas bateri telefon pintar dalam kereta apabila pelanggan membeli telefon pintar Huawei terpilih,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia