Berita Harian

Negara perlu tumpu bangun sektor logistik

-

Malaysia perlu memberi tumpuan membangunk­an sektor logistik negara menjadi hab serantau dan pintu gerbang sektor eksport kerana kedudukann­ya yang strategik, kata Pengarah Urusan Kumpulan MMC Corporatio­n Bhd (MMC), Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh.

Beliau berkata sudah tiba masanya Malaysia menukar sektor tumpuan berbanding menumpukan kepada sektor pembuatan.

Che Khalib berkata, sektor logistik penting bagi meningkatk­an hubungan merentasi negara, sekali gus membuka peluang baharu dalam perniagaan.

“Kedudukan Malaysia sangat strategik, berada di tengah laluan perdaganga­n Eropah dan China, semuanya akan melalui Malaysia dan ini menyebabka­n tiada negara yang dapat menyain gi kita dari segi lokasi sebagai hab pengangkut­an serantau

“Malah Malaysia menjadi tumpuan pusat pengedaran setempat kepada sektor eksport negara luar. Contohnya eksport dari Eropah boleh ditempatka­n di Malaysia dan kita akan mengedarka­nnya ke negara ASEAN.

“Infrastruk­tur pengangkut­an meluas memberi laluan ke arah sektor logistik lebih kukuh sebagai tunjang ekonomi negara. Atas dasar itulah, Malaysia memberi tumpuan membangunk­an sektor logistik Malaysia,” katanya ketika majlis minum petang MMC bersama pengamal media, barubaru ini.

MMC mempunyai rangkaian anak syarikat dalam sektor pelabuhan dan logistik seperti Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd (PTP), Johor Port Bhd, Northport (Malaysia) Bhd, Penang Port Sdn Bhd dan Kontena Nasi onal Bhd.

Che Khalib berkata, dari segi lokasi, pelabuhan Penang Port Sdn Bhd menjadi tumpuan utama sektor logistik antarabang­sa kerana kedudukann­ya berdekatan dengan Thailand dan menjadi lokasi pengedaran dari negara itu ke negara lain.

Potensi besar

“Penang Port mengendali­kan sehingga 2.2 juta unit kontena 20 kaki (TEU) dari jumlah ini semakin meningkat setiap hari. Selain itu, Johor Port dan PTP mempunyai potensi besar meningkatk­an lagi penguasaan sektor logistik.

“Jumlah ini terus meningkat apabila Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahrusinga­pura serta Keretapi Berkelajua­n Tinggi Kuala Lumpursing­apura (KLSG HSR) terlaksana sepenuhnya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia