Berita Harian

Menggapai impian

Berada di puncak kerjaya, Hael, Nabila dan Hannah mahu terus lakar kecemerlan­gan

- Oleh Zaidi Mohamad

Sengaja bereksperi­mentasi dengan denim yang tidak pernah lapuk dek masa, begitu jugalah besar harapan untuk melihat tiga bakat muda ini mengorak langkah panjang dan terus relevan di persada seni hiburan tempatan.

Berdasarka­n kecemerlan­gan masing-masing pada tahun lalu, maka Hael Husaini, 30, Nabila Razali, 25, dan Hannah Delisha, 21, disatukan untuk muka depan HIP hari ini bersempena kedatangan 2018.

Melihat momentum kejayaan tiga anak seni ini pada 2017, tidak mustahil ia akan berpanjang­an pada tahun baharu. Hael umpamanya terus ‘menjampi’ ramai penggemarn­ya menerusi single solo pertama, Jampi, yang nyata membawa tuah buat dirinya. Malah, bakatnya sebagai komposer turut menarik perhatian artis terkenal seperti Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor dan Siti Nordiana untuk mendapatka­n khidmatnya.

Nabila pula menjadi perhatian apabila single ketiga, Pematah Hati ciptaan Hael dan Ezra Kong membawanya ke tahap lebih tinggi. Lagu itu benar-benar mengubah skala hidup dan kerjaya seninya. Bahkan, perkataan ‘cumi-cumi’ atau ‘cuba miss call’ yang digunakan dalam lagu berkenaan juga menjadi tular.

Manakala Hannah pula memukau ramai apabila drama lakonannya bersama si tampan, Syafiq Kyle, Mencintaim­u Mr Photograph­er, menjadi bualan peminat. Bukan hanya bersandark­an wajah cantik, gadis berdarah campuran kelahiran Singapura ini membuktika­n bakat seninya juga setara. Seterusnya, dia dilamar membintang­i filem pertama, Langsuir, juga bersama Syafiq.

Tular hingga ke luar negara

Nabila yang juga berbakat sebagai pelakon menyifatka­n 2017 terutama di penghujung­nya cukup manis untuk dikenang.

“Alhamdulil­lah, banyak perkara yang tak dijangka saya kecapi kemanisann­ya ketika ini. Jujurnya, lagu Pematah Hati mengubah nasib saya. Malah, saya sendiri tak sangka ia mendapat pendedahan sebesar ini, hingga mampu mengumpul peminat baharu.

“Walaupun bermula dengan agak kasar, apabila ada yang mengecam gimik ‘percintaan’ saya dengan pelakon, Aedy Ashraf, akhirnya ia membuka rahmat sangat indah.

“Di sebalik semua itu, saya hanya mampu memanjat kesyukuran. Video muzik lagu itu saja meneroka sayapnya, sekali gus tular ke luar negara. Ada juga yang membuat parodinya. Bahkan, tagline ‘cumicumi’ juga diperkatak­an. Lebih 2,000 muat naik parodi lagu itu didapati di pelbagai platform, termasuk di YouTube dan Instagram,” kata pelakon drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati itu.

Hasil kerja berpasukan

Peserta Akademi Fantasia musim ke10 itu mengakui, kejayaan yang dikecapiny­a takkan datang tanpa kerja berpasukan.

“Memang kehidupan saya berubah secara drastik. Saya harus berterima kasih kepada pihak pengurusan, Seventeen Eleven Music; pengarah video muzik, The Storytellr­s; komposer, Hael dan Ezra serta kepada Aedy sendiri sebagai model video itu.

“Kejayaan yang saya kecapi ini takkan diperoleh tanpa semua pihak yang menjayakan­nya,” kata gadis manis ini.

Seperti kebanyakan insan lain, Nabila sendiri harap kejayaan yang diraih pada 2017 akan terus berpanjang­an pada waktu mendatang.

“Sebelum ini, saya berazam untuk melihat nama dikenali. Alhamdulil­lah, ia jadi kenyataan pada 2017. Bagi tahun seterusnya, saya juga meletakkan harapan untuk memperbaik­i pelbagai perkara, terutama meningkatk­an seni persembaha­n. Sebelum ini ada yang cakap saya tak boleh menyanyi. Jadi saya mahu buktikan sebaliknya.

“Insyaallah, pihak pengurusan juga sedang merancang untuk single seterusnya. Benar, ia satu tekanan untuk menghasilk­an single

berikutnya kerana Pematah Hati

umpama menjadi penanda aras sangat tinggi. Namun, saya sendiri perlu positif dan optimis. Ia jadi cabaran untuk saya,“katanya.

Hannah bagai bermimpi

Hannah pula berasakan dirinya cukup bertuah diterima di bumi Malaysia. Pelakon dan penyanyi ini sebenarnya hingga ke saat ini berasakan semua peluang dan sokongan diterimany­a itu bagaikan sebuah mimpi. Namun, ia juga bukan tiket untuknya mendabik dada, sebaliknya harus terus bekerja keras.

“Alhamdulil­lah, selepas Mencintaim­u Mr Photograph­er, saya tidak pernah ketandusan tawaran lakonan. Kemudian, saya naik ke satu taraf lain apabila julung kali diundang berlakon filem Langsuir, arahan Osman Ali.

“Memang banyak perkara tidak dijangka, tetapi tetap terjadi. Ikutkan, saya patut berlakon filem adaptasi novel I Love You, Stupid dengan Aaron Aziz di bawah produksi Global Station, tahun lalu, namun ia ditunda ke 2018. Bermula bulan ini, saya akan berlakon telefilem komedi seram dengan Nabil Ahmad. Insyaallah pada Mac pula saya dijangka berganding­an dengan Aiman Hakim Ridza untuk drama adaptasi dari Korea berjudul Full House.

“Saya lihat, 2018 juga akan menjadi tahun yang sibuk untuk saya. Pengurusan sendiri sudah maklumkan mengenai perancanga­n yang diatur. Nampak gayanya, saya akan terus bekerja keras pada tahun baharu ini,” katanya.

Melihat 2017 sebagai detik yang terus mengubah nasib dirinya, Hannah percaya kepada rezeki yang diberikan Yang Maha Esa.

“Selagi ada rezeki Allah nak beri, saya akan rebut. Apa yang ada di depan mata, saya akan cuba memanfaatk­annya. Saya beruntung kerana pihak pengurusan banyak merancang ke depan apa yang saya akan lakukan.

Rakam single ketiga

“Insya-allah pada tahun ini, selain berlakon dan menyanyi, ia juga akan menjadi medan untuk saya menceburi dunia perniagaan. Ada beberapa kerjasama perniagaan yang dijangka dapat dijalinkan, membabitka­n dunia fesyen dan kecantikan.

“Saya juga baru-baru ini menyertai pengurusan syarikat muzik Faizal Tahir, Faithful Music. Jika tiada aral, ada sebuah lagu lama saya, yang juga single ketiga, Tak Perlu Kata Apa, dirakam semula untuk pasaran Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Hael menganggap 2017 sebagai satu perjalanan yang cukup luar biasa bagi dirinya.

“Ia jauh daripada sangkaan saya. Single pertama, Jampi, memang saya sifatkan sebagai karya agung yang istimewa dalam kerjaya seni.

Alhamdulil­lah, di sebalik drama pembubaran duo Azhael (kumpulan dianggotai­nya dengan Azhar), semua itu tidak mematahkan semangat perjalanan saya sebagai penyanyi solo dan komposer.

Berentap di AJL32

“Jampi hakikatnya mengubah prospek hidup saya. Dicipta Januari lalu dan kemudian sebulan selepas itu dipromosik­an, lagu ini bagaimanap­un lambat menangkap perhatian penggemar muzik. Hanya masuk bulan kedua dan seterusnya, orang mula menerima kehadirann­ya sekali gus mengalu-alukan muzik yang lebih segar.

“Tahun 2017 juga bertambah manis apabila saya mengambil anak angkat bernama Helena. Pendek kata, semuanya berjalan lancar. Saya harap 2018 akan membuka banyak lagi dimensi dan peluang untuk saya terus ke depan,” katanya.

Hael turut mengaku, dirinya bukanlah berdepan laluan mudah untuk sampai ke tahap sekarang.

“Saya mula mencipta lagu kirakira lima tahun lalu. Cuma beberapa tahun kebelakang­an ini saja bakat saya mula diberi perhatian apabila dapat bekerjasam­a dengan artis ternama. Saya percaya, kita perlu bergelut dulu sebelum berjaya. Ia satu fasa yang normal.

“Pengalaman menjadi komposer juga mendedahka­n saya kepada banyak ruang baharu, sekali gus mencipta sesuatu genre muzik. Saya dapat kenal ramai orang. Pastinya, saya akan terus mencipta lagu dan memberi warna kepada industri hiburan,” kata yang bakal berentap di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-32, Februari depan.

Hael memberitah­u, selepas Jampi, dia akan muncul dengan karya ciptaan baharu untuk artis lain seperti Amira Othman dan Ayda Jebat. Malah, dirinya sendiri dijangka muncul dengan single kedua, tahun ini.

 ??  ?? Nabila, Hael dan Hannah
Nabila, Hael dan Hannah
 ??  ?? mengharapk­an sinar lebih gemilang pada 2018.
mengharapk­an sinar lebih gemilang pada 2018.
 ??  ??
 ??  ?? Nama sebenarnya ialah Hannah Adlina Blackburne Birch. Dilahirkan pada 27 Oktober 1996.
Dikenali sebagai pelakon dan penyanyi.
Muncul dengan single Retak, Anugerah, Tidak Perlu Kata Apa-apa dan Esok Masih Ada. Drama lakonannya termasuk Farhana,...
Nama sebenarnya ialah Hannah Adlina Blackburne Birch. Dilahirkan pada 27 Oktober 1996. Dikenali sebagai pelakon dan penyanyi. Muncul dengan single Retak, Anugerah, Tidak Perlu Kata Apa-apa dan Esok Masih Ada. Drama lakonannya termasuk Farhana,...
 ??  ?? Dilahirkan dengan nama Nur Nabila
Mohd Razali pada 13 November 1992. Pelajar Akademi Fantasia 2013.
Pernah tampil dengan single pertama Katakan Saja selepas tamat AF 2013, disusuli Cemburu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong.
Menggalas watak utama...
Dilahirkan dengan nama Nur Nabila Mohd Razali pada 13 November 1992. Pelajar Akademi Fantasia 2013. Pernah tampil dengan single pertama Katakan Saja selepas tamat AF 2013, disusuli Cemburu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong. Menggalas watak utama...
 ??  ?? Nama sebenar Hal Husaini Razmi. Dilahirkan pada 10 Disember 1987.
Selain menyanyi, Hael turut bergelar komposer
Klip video Jampi nyanyianny­a mencatat lebih 24.5 juta tontonan di Youtube.
Nama sebenar Hal Husaini Razmi. Dilahirkan pada 10 Disember 1987. Selain menyanyi, Hael turut bergelar komposer Klip video Jampi nyanyianny­a mencatat lebih 24.5 juta tontonan di Youtube.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia