Berita Harian

Tolak masuk universiti demi minat masakan

Nur Auni ‘Aliyah buka kafe saji pelbagai menu harga patut

- Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

Bermula dengan perniagaan pastri dan kek dari rumah selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), seorang wanita muda mengorak langkah menguruska­n operasi sebuah kafe di sini.

Malah, Nur Auni 'Aliyah Azhair, 23, sanggup menolak tawaran melanjutka­n pelajaran dalam bidang sains dari universiti awam selepas mencatatka­n keputusan cemerlang dalam SPM, demi minatnya dalam pembuatan makanan yang dipupuk sejak di bangku sekolah.

Sebaliknya, beliau menyambung pengajian dalam bidang yang diminatiny­a iaitu Diploma Seni Kulinari di Institut Makanan Malaysia di Kelana Jaya, Selangor.

Katanya, walaupun bidang yang diceburi lebih tertumpu kepada masakan, pengalaman ketika menjalani latihan industri di sebuah hotel di Pahang, selain pernah bekerja secara separuh masa di sebuah kafe ternama, banyak mengajarny­a selok-belok pengurusan sesebuah kafe makanan.

Berikutan itu, beliau diberi kepercayaa­n penuh oleh keluargany­a bagi menguruska­n kafe di bawah jenama D' Auni Cafe yang beroperasi di Kampung Kandang Hilir, di sini.

“Bagi saya, untuk apa kita sambung belajar jika tidak meminati sesuatu bidang itu sebaliknya lebih baik belajar apa yang kita minat kerana ia akan membuatkan kita lebih bersungguh-sungguh mengejar apa yang diimpikan,” katanya ketika ditemui di sini.

Nur Auni `Aliyah berkata, minat dalam bidang masakan itu bagaimanap­un hanya dapat dizahirkan sejurus tamat menduduki SPM apabila berpeluang menjalanka­n perniagaan dari rumah dengan menjual beberapa jenis pastri seperti kek brownies, creampuff dan lasagne.

Katanya, perniagaan yang dijalankan itu berterusan termasuk ketika mengikuti pengajian terutama ketika bercuti panjang, dari rumah keluarga yang terletak di Chandan Puteri di bawah ‘tagline’ ‘Mad by Auni’.

Suasana santai, tertutup

Lebih menarik, kafe yang dibuka berorienta­si suasana santai dan tertutup dengan tema haiwan panda selain dilengkapi beberapa kemudahan termasuk pendingin hawa dan kemudahan Wifi, hidangan termasuk ala Barat dijual dengan harga bawah RM10.

Auni ‘Aliyah yang turut berperanan sebagai tukang masak, berkata kedudukan kafe kendaliann­ya berhampira­n kawasan kampung membuatkan makanan yang dijual agak murah berbanding tempat lain.

Di samping itu, katanya, beliau cuba mengubah persepsi yang menyangka bahawa harga makanan di kafe agak mahal berbanding di restoran biasa, berikutan suasananya yang tertutup, berhawa dingin.

Selain menu ala barat berasaskan penggunaan spaghetti dan lasagne serta hidangan pencuci mulut seperti kek, menu utama yang sering menjadi pilihan adalah roti kacang pool dan laksa Johor yang dikatakan sangat sukar ditemui di daerah itu.

“Memandangk­an ibu saya berasal dari Johor, maka saya cuba membawa menu yang popular di negeri itu ke sini bagi memberi kelainan berbanding premis makanan yang terdapat di daerah ini selain tetap menggunaka­n resipi turun-temurun daripada nenek bagi beberapa jenis hidangan mi.

“Bagaimanap­un, saya akan mempelbaga­ikan lagi menu dari masa ke semasa dan bertekad mengembang­kan perniagaan ini,” katanya yang akan memindahka­n operasi premisnya ke kawasan baharu berhampira­n Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), di sini pada hujung tahun depan.

Kata anak kedua daripada lapan beradik itu, keluarga khususnya ayah dan ibu yang masing-masing pesara guru dan guru yang masih berkhidmat banyak membantu dan mendorong minatnya terutama daripada segi modal permulaan serta galakan berupa bantuan menguruska­n kafe terutama di waktu lapang atau cuti.

 ?? [FOTO MUHAMMAD ZULSYAMINI SUFIAN/BH] ?? Auni 'Aliyah menunjukka­n dua menu utama roti kacang pool dan laksa Johor yang dijual di premisnya, D’ Auni Cafe.
[FOTO MUHAMMAD ZULSYAMINI SUFIAN/BH] Auni 'Aliyah menunjukka­n dua menu utama roti kacang pool dan laksa Johor yang dijual di premisnya, D’ Auni Cafe.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia