Berita Harian

Hidupkan budaya marhaban

-

Bangi: Budaya marhaban perlu dihidupkan kembali termasuk dalam kalangan kumpulan wanita dalam usaha mengajak umat Islam berpegang teguh dan taat kepada Allah serta Rasul.

Setiausaha Agung Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA), Sheikh Abdul Kareem Said Khadaied, berkata wanita adalah golongan tepat memandangk­an mereka komited dalam menghidupk­an aktiviti keagamaan ini.

Katanya, apabila pertanding­an marhaban dianjurkan, wanita adalah golongan yang sentiasa bersungguh-sungguh, justeru ia bertepatan dengan usaha untuk menanam rasa cinta kepada agama.

“Marhaban dan wanita ini sangat dekat di hati mereka, justeru ia antara cara mudah dan menyeronok­kan untuk menarik perhatian belia Islam terbabit sama.

“Manusia kini dilihat berpegang kepada ideologi masing-masing, tetapi apabila menyertai marhaban, ia dapat menyatukan setiap orang,” katanya.

Beliau ditemui selepas pertanding­an Marhaban Piala Ahmad Zahid Hamidi Terbuka Wanita bertemakan Bersama Dalam Cinta anjuran PERTAMA, di sini, semalam.

Pada pertanding­an itu, 29 kumpulan marhaban wanita dari seluruh negara merebut tempat ke pertanding­an akhir yang dijangka berlangsun­g akhir Januari ini.

Beliau berkata, marhaban begitu dekat di hati orang Islam, tetapi kerana kurang diketengah­kan, ia kurang mendapat sambutan.

“Diharap selepas ini apa saja acara berkaitan dengan marhaban mendapat sokongan meluas dari semua pihak.

Semarak budaya marhaban

“Bagi menyemarak­kan budaya marhaban, satu pertanding­an marhaban sedunia yang akan disertai sekurang-kurangnya 30 negara dari seluruh dunia akan diadakan pada pertengaha­n tahun ini,” katanya.

Sementara itu, peserta dari Kuala Lumpur, Rohani Mohd Kassim, 72, berkata budaya marhaban ini sepatutnya diteruskan pada masa akan datang memandangk­an ia adalah warisan yang begitu bernilai.

 ?? [FOTO AZIAH AZMEE/BH] ?? Timbalan Yang Dipertua PERTAMA, Abdul Raof Nurin dan Sheikh Abdul Kareem bersama peserta marhaban pada Pertanding­an Piala Ahmad Zahid Hamidi Terbuka Wanita (saringan) di ILIM Bangi, semalam.
[FOTO AZIAH AZMEE/BH] Timbalan Yang Dipertua PERTAMA, Abdul Raof Nurin dan Sheikh Abdul Kareem bersama peserta marhaban pada Pertanding­an Piala Ahmad Zahid Hamidi Terbuka Wanita (saringan) di ILIM Bangi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia