Berita Harian

Kata hikmah Saidina Fudhail jadi panduan

-

Saidina Fudhail ibn Iyyad pernah berkata, sesiapa yang takut kepada Allah, nescaya tidak ada seorang pun yang boleh mendatangk­an mudarat kepadanya. Menerusi segmen Ibrah (Salafus Soleh), Ustaz Muhadir Joll berkongsi mengenai kisah Saidina Fudhail ibn Iyyad, seorang tabiin yang sangat disegani dan hebat pada zamannya.

Menurut Ishak ibn Ibrahim altabari, Saidina Fudhail seorang yang takut berbuat kesalahan dan dosa, tidak berharap sesuatu daripada manusia serta tidak menghinaka­n dirinya kepada manusia.

Saidina Fudhail membaca alquran dengan lambat, tidak gopoh, syahdu, lantang dan jelas, seolah-olah beliau sedang berbicara dengan seseorang. Ini bukti beliau mengagungk­an kalimah Allah SWT.

Malah, ketika membaca ayat yang menyebut mengenai syurga, beliau akan membacanya berulang kali sambil memohon kepada Allah SWT untuk mendapatka­n syurga-nya.

Selain dikenali kerana ketokohan ilmunya, Saidina Fudhail kuat beribadah. Beliau sering mengerjaka­n qiamullail sambil duduk kerana bacaannya yang panjang. Imam Ismail ibn Yazid ibn Ibrahim ibn menyifatka­n Saidina Fudhail seorang yang dadanya penuh dengan kebesaran.

Beliau apabila menyebut atau disebut nama Allah SWT oleh orang lain di sisinya, ketika mendengar orang membaca al-quran, maka terzahir rasa takut dan sedih. Rasa takut dengan perbuatan yang pernah dilakukan dan sedih kerana sedikitnya amalan.

Sehebat-hebat Imam Abdullah ibn al-mubarak, ahli hadis terkemuka dan sangat warak, beliau juga pernah mendapat pengajaran daripada Saidina Fudhail. Katanya, jika melihat Fudhail, nescaya hatinya sedih terasa hiba kemudian menangis.

Saidina Fudhail sangat terkenal dengan kata-kata hikmah yang sering diingati sehingga kini. Ulama menyebut, kalam hikmah itu berasal daripada hati yang bersih seperti ‘ikutilah jalan hidayah dan kalaupun sedikit orang yang menitinya, tidak akan membahayak­an kamu kerana jalan itu jalan petunjuk. Berhati-hati dengan jalan kesesatan dan jangan tertipu dengan ramai orang yang berjalan di atasnya kerana orang sebegini adalah orang yang binasa di dalam kesesatan’.

Menyayangi makhluk

Beliau juga pernah menyebut, manusia itu tidak ada sesuatu yang lebih baik dapat menghiasin­ya melainkan daripada bercakap benar, benar kata-katanya dan perbuatann­ya serta menuntut sesuatu yang halal.

Anaknya, Ali kemudian berkata: “Wahai bapaku, susah untuk mencari benda yang halal ini. Lantas Saidina Fudhail menjawab: Wahai anakku, sesungguhn­ya walaupun benda yang halal itu susah, tetapi besar dan banyak rahmatnya di sisi Allah SWT.”

Pernah juga beliau menyebut mengenai hakikat hamba iaitu, “Takutnya hamba itu dengan Allah SWT mengikut kadar ilmunya mengenai Allah SWT, kalau dia tahu Allah SWT Maha pada segala-galanya, maka akan rasa dirinya kerdil dan kecil.”

Katanya lagi, demi Allah SWT tidak halal bagi kamu untuk menyakiti anjing dan khinzir dengan tanpa hak. Bagaimana lagi hukumnya kalau kamu menyakiti orang Islam. Begitulah kata-kata seorang yang menyayangi saudara Islam yang lain.

Mendoakan pemimpin

Beliau pernah berkata sesuatu mengenai pemimpin, “kalau aku memiliki sebuah doa yang mustajab, tidak aku mendoakan melainkan untuk kebaikan imam atau pemimpin, kerana baiknya pemimpin itu, baik juga nanti untuk negeri dan masyarakat­nya.”

Antara kata-kata hikmah Saidina Fudhail yang terakhir, “telah sampai berita kepadaku bahawa ulama dahulu, jika mereka menuntut ilmu, mereka akan mengamalka­nnya. Jika mereka mengamalka­n, mereka akan sibuk untuk beramal. Jika mereka sibuk, mereka tidak nampak benda dunia yang lain dan jika mereka tidak nampak benda lain, mereka dicari-cari orang lain untuk menuntut ilmu dengan mereka. Jika mereka dicari-cari orang, mereka akan lari menghilang­kan diri.” Dikenali kerana ketokohan ilmunya, Saidina Fudhail ibn Iyyad juga seorang yang takut berbuat kesalahan. Malah, beliau memiliki kesabaran tinggi dan kuat beribadah. Sentiasa mengagungk­an kalimah Allah SWT. Ikuti kisah menarik dan perkongsia­n kata-kata hikmah tabiin yang disegani itu bersama Ustaz Muhadir Joll dalam segmen Ibrah (Salafus Soleh) di IKIMFM.

Kalau aku memiliki sebuah doa yang mustajab, tidak aku mendoakan melainkan untuk kebaikan imam atau pemimpin, kerana baiknya pemimpin itu, baik juga nanti untuk negeri dan masyarakat­nya”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia