Berita Harian

Bersangka baik jadikan insan sentiasa bersyukur

-

Abdullah bin Umar bin alkhattab berkata, “Tiang agama, kemuncak kemuliaann­ya dan puncak ketinggian­nya adalah bersangka baik dengan Allah SWT. Sesiapa yang mati daripada kalangan kalian dan dia bersangka baik terhadap Allah SWT, dia akan masuk syurga dengan mudah.”

Abdullah bin Mas’ud berkata, “Demi Allah yang tiada tuhan selain-nya, tidaklah seseorang itu bersangka baik terhadap Allah SWT melainkan Allah SWT akan memberikan apa yang disangkaka­nnya. Hal ini kerana seluruh kebaikan berada di tangan-nya.”

Sememangny­a kita sentiasa diingatkan supaya bersangka baik terhadap apa juga ketentuan serta ujian yang dihadapi kerana semua itu daripada Allah SWT, Dia yang Maha Mengetahui setiap sesuatu yang tidak diketahui hamba-nya.

Perlu bijak menilai

Memiliki sifat sentiasa bersangka baik akan memberi suntikan positif dalam diri, seterusnya menjadikan kita sentiasa berlapang dada ketika berdepan ujian. Manakala apabila dianugerah kurniaan, kita hamba yang bersyukur kerana sedar semua nikmat itu adalah pemberian-nya.

Namun, ada ketika kita terlupa untuk menilai hikmah di sebalik musibah apabila terlalu tertekan dengan kesulitan dihadapi. Oleh itu, hendaklah sentiasa beristighf­ar dan mengingati Allah SWT di saat senang serta sukar.

Begitu juga dalam kehidupan seharian, elak daripada sifat suka berprasang­ka yang boleh menjurus kepada persepsi atau andaian yang salah. Sebaiknya, kita berbaik sangka terhadap pihak atau perkara yang berlaku di sekeliling kita, itu lebih positif.

Selalunya, apa yang disangka secara tidak berasas itu berbeza dengan hakikat yang sebenar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia